Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
1. Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami.

2. Saya melihat PAS seperti "roundabout" yang sekelilingnya bercapah jalan menuju ke arahnya. Semua pihak sedang memerhati apa langkah PAS berikutnya selepas meletus isu JAIS dan Gereja ini. Lalu timbul pula pelbagai tafsiran, tanggapan dan telahan dibuat kepada PAS. Saya boleh mengenal pasti beberapa kategori untuk saya tegaskan kali ini ekoran tercetusnya isu ini.

Pertama : isu Aqidah Ummat Islam

Kedua : isu JAIS dan tindakannya

Ketiga : isu Gereja dan kedudukannya

Keempat : isu keadaan Ummat Islam secara umumnya.

3. Kami Pemuda PAS bertegas dalam apa jua keadaan, dengan komitmen tenaga, wang ringgit, masa malah darah dan nyawa akan dipersembahkan demi mempertahankan aqidah ummah. Inilah yang telah dilakukan oleh pemuda PAS terdahulu apabila ada dari kalangan mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan aqidah ummah dan menentang sebarang usaha yang cuba untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan keperibadian ummat Islam. Insyaallah, ketegasan itu akan diwarisi oleh saya dan seluruh warga pemuda PAS. Pemuda PAS senantiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menjadi benteng aqidah ummah.

4. Namun kita tidak boleh terburu - buru tanpa usul dalam memutuskan tindakan. Kita perlukan satu bukti kukuh dan meyakinkan untuk mengambil sebarang ketetapan. Saya telah mendengar penjelasan dari Yb. Dato" Dr Hassan Ali selaku AJK PAS Pusat dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan.

5. Insyaallah, saya juga akan bertemu dengan pihak JAIS bagi meneliti perkara ini dengan lebih dekat. Biarpun JAIS pernah memburu saya dan cuba untuk menangkap saya seketika dulu atas kesalahan saya membaca kitab di sebuah surau di Damansara, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, namun saya sekali - kali tidak pernah bermusuh dengan institusi itu. Sebagaimana saya pernah ditahan, dipukul dan diherdik oleh PDRM kerana kesalahan saya mennyampai ceramah atas pentas PAS di Parit Sempadan Johor dan menyertai himpunan - himpunan aman, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka tetapi saya juga tidak pernah memusuhi institusi itu. Saya sedar peranan institusi - institusi tersebut.

6. Justeru itu, saya perlu adil dalam menilai institusi atau jabatan - jabatan kerajaan. Ada masa tindakan mereka salah maka saya membantahnya dan ada masa tindakan mereka betul maka saya menyokongnya. Insyaallah, dalam menangani isu JAIS dan Gereja ini, saya menyokong penuh tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak memusuhi mana - mana pihak atau agama yang tidak memusuhi Islam malah menghormati hak - hak mereka. Justeru itu kita mengecam pencabulan hak walau berlaku ke atas siapa jua sebagaimana kita jua mengecam sekeras - kerasnya usaha untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam.

7. Saya boleh kesan bagaimana isu ini cuba dieksploit oleh pihak tertentu yang mencari laba politik murahan dan mengalih isu sebenar yang menjadi punca kepada polemik ini. Ringkasnya saya tegaskan pendirian umum saya bersama pemuda - pemuda PAS bahawa :

a] kami konsisten berjuang untuk menegak dan memelihara aqidah Islamiyyah dan dalam masa yang sama, kami menghormati hak non muslim sebagaimana yang telah diajar oleh syariat islam itu sendiri.

b] kami menasihati dan memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar aqidah ummat Islam, pemikiran dan akhlak mereka jangan diganggu dan dirosakkan dengan pelbagai dakyah, aktiviti dan gerakan samaada bersifat terbuka dalam aktiviti sosial atau sembunyi di sebalik badan - badan bukan kerajaan.

c ] kami memberi peringatan tegas kepada kerajaan yang memerintah samaada kerajaan pusat dan negeri yang diitadbir oleh UMNO dan BN, juga kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat agar mengambil pendekatan yang berkesan untuk membantu rakyat. Jangan kerana miskin, akhirnya mereka menjadi murtad kerana menagih simpati dan bergantung harap kepada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan pegangan agamanya.


8. Polisi PAS dan pemudanya jelas dalam perkara seperti ini. Masyarakat usah gundah, resah dan ragu terhadap PAS. jangan buka ruang kepada media untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PAS memperjuangkan Islam dan isu - isu ummah. Insyaallah, Pemuda PAS akan terus bangkit dengan aktiviti dan gerakkerjanya untuk membentengi aqidah ummah sekaligus memerangi segala anasir yang cuba merosakkan agama Islam dan aqidah ummatnya.

9. Kerajaan yang memerintah mesti mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan tiada aktiviti mungkar dan maksiat yang menghela ke arah rosaknya keperibadian ummat Islam dan lunturnya nilai keimanan mereka. Jaga kebajikan dan keperluan asas rakyat dengan meletakkan agensi - agensi tertentu seperti Pusat Pungutan Zakat dapat berorientasi dengan lebih berkesan. Bukan hanya memungut zakat tetapi cepat dan cekap mengagihkannya kepada asnaf yang berhak menerimanya. Begitulah Baitul Maal , Pusat Kebajikan Masyarakat dan lain - lain agensi yang berkaitan. Jangan ghairah membeli lampu kristal, carpet tebal dan khat hiasan dinding masjid yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit tetapi masih ada ummat Islam yang terpaksa menadah tangan di pintu gereja.

10. Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan maslahah ummat Islam. Ummat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan ummat Islam dari dalam. Justeru harga aqidah ummat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN, demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai aqidah, taruhannya ialah darah dan nyawa.

Sumber : HarakahDaily

Gempar!! Pekerja asing didaftarkan secara biometrik!


Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan program pendaftaran biometrik untuk pekerja asing. Dilaporkan 1.8 juta pekerja asing telah didaftarkan melalui sistem biometrik ini. Juga dimaklumkan bahawa program ini akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Persoalannya mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa untuk mendaftarkan pekerja asing melalui sistem biometrik? Isu ini berbangkit setelah BN melalui banjingannya SPR mengutarakan isu biometrik dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Mungkinkah ada kaitan pendaftaran biometrik pekerja asing dengan pilihanraya yang bakal menggunakan biometrik? Baru-baru ni kecoh dibeberapa tempat terutamanya di Kelantan dan Selangor, ada sindiket pemberian MykAd kepada warga asing yang didalangi oleh parti politik sempit Tidak lain tujuannya adalah untuk manipulasi warga asing dijadikan pengundi hantu BN pada pilihanraya akan datang.

Melalui pendaftaran biometrik warga asing yang dilakukan baru-baru ini,tidak mustahil jika BN akan mendapat data dan maklumat yang lengkap warga asing terbabit untuk dimanipulasi dalam pilihanraya akan datang. Melalui teknologi biometrik, maklumat mengenai individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan. ukuran iris mata atau cap jari akan direkodkan. Semua maklumat ini telah sedia ada, komponen yang penting untuk diguna pakai dalam pilihanraya akan datang.

Jika berlaku sistem biometrik pada pilihanraya akan datang, pelbagai keraguan mampu ditimbulkan. Tidak mustahil jika warga asing ini juga akan melalui sistem biometrik sebelum membuang undi. Walau bagaimanapun, warga asing ini telah disahkan sebagai warganegara melalui pemberian MyKad dan pengesahan biometrik, tidak mungkin mereka akan dikecam sebagai warga asing.

Warga asing sudah ada MyKAd --- > maklumat terperinci warga asing melalui biometrik sudah ada dalam tangan BN --- > pada pilihanraya akan datang tidak mustahil warga asing yang datang berstatuskan 'warga negara' akan terlepas pada sistem biometrik sebelum membuang undi.

Inilah antara keraguan yang yang patut difikirkan oleh semua pencinta keadilan. Jangan biarkan pilihanraya di cabuli!

Kenyataan Presiden PAS dalam isu biometrik



Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar. Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik ini.

PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihanraya.

Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik. Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS
25 Julai 2011

Najib sayang Yahudi Laknatullah




Selepas dikecam kerana menggunakan khidmat APCO dalam urusan pentadbiran kerajaan, Najib sekali lagi menggunakan khidmat pakar blogger yahudi untuk mempromosikan diri di peringkat antarabangsa. Mungkin kerana terkesan dunia mula mengecam pentadbirannya, Najib mula bertindak untuk membersihkan najis di badannya melalui kerjasama yahudi laknatullah.


Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan beberapa portal berita beberapa hari lalu dan hari ini menunjukkan Perdana Menteri membayar satu jumlah wang kepada bloger Yahudi itu.


Rakyat Malaysia mahukan penjelasan mengenai isu ini. Sudah tidak ada pakar blogger malaysia kah untuk ditawarkan? Berapa jua dan billion lah pula wang rakyat disalurkan kepada blogger yahudi tersebut. At the end, wang tersebut juga disalurkan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin.


Kami benci Najib!

Rosmah Mansor Raja Boros

* CINCIN BERLIAN RM 24 JUTA


* GELANG TANGAN RM 1.65 JUTA


*PERUNTUKAN RM 111 JUTA UNTUK PERMATA DALAM BAJET 2011


*PERUNTUKAN RM 100 JUTA UNTUK PERMATA DALAM BAJET 2010


*RM 4.5 JUTA ANJUR PERSIDANGAN WANITA PERTAMA DUNIA YANG DIHADIRI 14 WANITA PERTAMA KEBANYAKANNYA DARIPADA NEGARA AFRIKA




Terima kasih kepada pengundi-pengundi tegar BN, kerana membiarkan manusia ini menghabiskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Undi BN bermakna anda meneruskan kemaharajalelaan manusia ini.

PDRM buta matematik

antara puluhan ribu yg hadir dlm Bersih 2.0

dari sarawak pun marik!

sifir mane yg cakap cuma 3 ribu yg hadir? hampeh..

Kesengalan media banjingan BN dan kenyataan PDRM benar2 memualkan bila kenyataan rasmi mengatakan hanya sekitar 3 ribu yang hadir dalam himpunan bersih. Sekali tengok imbasan gambar dah tau yang hadir melebihi puluhan ribu dan hampir ratusan ribu. mungkin mereka yang buta matematik ini perlu dihantar semula ke tadika untuk belajar 1, 2 ,3 ...

Penipu..peniaga rugi besar angkara BERSIH?

untung besar Shell..semua pakat masuk beli barang

McD penuh sepenuhnya

BN penipu dan pemfitnah terbesar

Rejim BN melalui media banjingannya sebelum Bersih 2.0 dilancarkan, begitu rancak memomokkan kononnya himpunan rakyat akan merugikan peniaga. Ni lah akibatnya bila barcakap menggunakan kepala lutut..bukannya menggunakan akal di kepala.
Siapakah dalang sebenarnya yang merugikan peniaga sebenarnya?
Ratusan ribu yang berkunjung ke kotaraya atau semburan water canon dan gas pemedih mata yang menyebabkan peniaga rugi? Sifir yang mudah dijawab oleh manusia yang ada akal yang waras.
Teman sempat snap gambar2 di atas bagi menunjukkan peniaga akan untung besar bila ratusan ribu yang hadir ke kotaraya. Kedai2 yang beroperasi hari tersebut mendapat untung besar. Gambar2 tersebut di snap ketika banjingan FRU dan PDRM tidak membuat kacau.
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi