Badan Bertindak TAHAN


Rentetan ura-ura kerajaan pusat ingin mengambil alih sekolah izzuddin dan taayah, bekas pelajar telah mengambil inisiatif menubuhkan Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN). 18/12/09 yang lalu, press conference yang dikepalai TAHAN telah berlangsung selepas solat jumaaat di perkarangan sekolah izzuddin bagi membantah tindakan ini.
Bagi segelintir rakyat dan massa, mungkin menganggap tindakan kerajaan pusat ini ada nilainya apabila dua buah sekolah ini akan diserapkan di bawah kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pendapatan tenaga pengajar akan diselaraskan seperti yang diperoleh tenaga pengajar yang mengajar di sekolah-sekolah di bawah kerajaan pusat.
Namun, tindakan ini akan menyebabkan subjek teras Idadi dan Thanawi akan dihazafkan. Kualiti pelajar yang dihasilkan dari sekolah ini akan terhakis dek pemansuhan 2 subjek teras ini. Idadi dan Thanawi merupakan subjek teras yang wajib dipelajari yang mengandungi subjek tauhid,sirah,balaghah etc.Bagi form 1-3, para pelajar diwajibkan mengambil Idadi yang mengandungi 9subjek agama. Bagi form 4,thanawi merupakan subjek yang wajib dipelajari. Situasi ini merupakan titik tolak perbezaan yang ketara dalam bidang akademik dimana sekolah-sekolah dibawah kerajaan pusat tidak menyediakan peruntukan ini.Hasil tarbiah dan didikan, ramai yang berjaya mendapat mumtaz dan jaid jiddan dalam idadi dan thanawi ini. Justeru,kefahaman yang mendalam tentang islam dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akhlak,rohani dan sahsiah.
Selain itu, pemansuhan ini juga akan memberi kesan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang agama seperti Al-Azhar etc.
TAHAN akan menghantar memorandum kepada pihak istana jika tida maklum balas dari authorities yang terlibat. Jika subjek ini dimansuhkan,maka satu lagi usaha untuk melenyapkan ilmu agama di muka bumi telah berjaya..Nauzubillah! TAHAN menyeru agar semua yang cintakan agama Allah supaya mendoakan dikekalkan sekolah ini dibawah pentadbiran kerajaan negeri...amin..

Ya Allah..Selamatkan SIS dan SERATA


Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sekali lagi??



Kehidupan yg penuh dgn mehnah dan tribulasi..begitulah hakikatnya kehidupan seorang da'i yg sentiasa dlm perjuangan. Sekali lagi exco Pakatan Rakyat di bwh pentadbiran YB Nizar tekad utk melangsungkan sidang DUN hari ini. Namun telahan telah menjadi kenyataan apabila pagi tadi sekalian exco dihalang dan beberapa exco dan jurugambar ditahan. Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini.
Jangkaan pembubaran DUN dan pilihanraya semula di Perak adalah Oktober ini. Sejauh mana pun kebenarannya, para pejuang sentiasa menantikan saatnya bagi membuktikan kepimpinan Zambri adalah dongengan semata-mata.

Diari pejuang..

Kian pg menghangatkan suasana, langkahku berkobar2 bersama shbt yg lain menuju ke medan juang yg dinantikan selama ini. Impianku hanya satu..bersama reformis yg lain menuntut hak supaya akta yg zalim dihapuskan, akta yg kian membelakangkan hukum Allah dilupuskan, akta yg menghalalkan pengurungan tahanan tanpa dibicarakan..Internal Security Act (ISA)!!


Jika dilihat dlm konteks demokrasi, inilah shj jalan bg membuka mata pemerintah supaya suara rakyat didengari. Jika selama ini pelbagai surat dan memorandum tidak dilayan, permohonan permit berhimpun secara aman dibatalkan, tindakan media yg berat sebelah dan sebagainya jelas menunjukkan ada pihak yg cuba menyekat kemaraan suara rakyat. Sejarah demonstrasi dlm dua tiga thn kebelakangan ini berjaya membuktikan rakyat benar2 serius dlm memperjuangkan sesuatu isu.


Antara demonstrasi yg berjaya m
embuka mata krjn:
1. BERSIH: akhirnya SPR terpaksa tunduk kpd BERSIH mengenai isu dakwat kekal etc. PRU 12 berjaya mencipta tsunami politik sehingga 5 negeri terlepas kpd PR.

2. PROTES: akhirnya krjn terpaksa tunduk dgn desakan rakyat supaya harga myk yg melambung tinggi diturunkan semula.Pada mulanya krjn cuba berdolak-dalik dgn isu ini walaupun jelas ternyata Petronas berjaya mengaut keuntungan saban tahun, dan tidak sewajarnya harga myk dinaikkan. Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.


3. PPSMI: akhirnya pembelajaran sc & math dlm bhs inggeris akan dimansuhkan setelah sekian lama rakyat meluahkan rasa tidak puas hati. Jelas pelaksanaannya telah membazirkan jutaan wang rakyat yg tidak langsung memberikan faedah kpd pelajar terutamanya jelas meminggirkan pelajar luar bandar. PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan nasional negara kita.











130pm: kelihatan polis telah mula menahan sesiapa sahaja yg berpakaian hitam di sekitar Sogo dan Masjid Jamek. Tiada alasan yg kukuh bg pihak berkuasa menahan individu tanpa permit. Jelas tindakan yg terdesak bg menahan kemaraan suara rakyat.
2pm: Laungan takbir dan seruan ISA dimansuhkan mula berkumandang di sekitar jalan2 di Sogo. Orang ramai mula berhimpun secara aman ditengah2 jalan raya sambil melaungkan ISA dimansuhkan.

2.05pm: Polis meluru ke tengah2 himpunan, meleraikan segala yg ada. Menggunakan kekerasan menolak,memukul, memijak demonstran yg ada.

2.10pm: FRU dgn rakus melepaskan pemedih mata ke tgh2 himpunan mengakibatkan ribuan demonstran terasa pedih mata. Bkn shj demonstran yg dizalimi, warga kota, ibu muda, kanak2 dan insan yg tidak berdosa turut menjadi mangsa kerakusan FRU.

245pm: FRU dan polis masih dlm aksi kejar mengejar. Polis menangkap sesiapa shj di sekitarnya. FRU dgn gah melepaskan puluhan peluru pemedih mata dan menyimbah air asid menggunakan water cannon. Tanpa mempedulikan peniaga di sekitar, makanan, pakaian dan sebagainya yg berada di kedai2 berdekatan turut disimbah air asid..menyebabkan ratusan ribu ringgit kerugian oleh peniaga disebabkan tindakan bodoh FRU.

3pm: Demonstran di Sogo beredar perlahan2 menuju ke arah Pejabat Agung Pas. Taujihat diberikan kebanyakan dr pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak lama selepas itu, FRU kembali menyimbah air asid supaya semua beredar.

4pm: Polis dan FRU berjaya menggagalkan pertembungan antara demonstran di Sogo dan Masjid Negara drpd bersatu. Kebanyakan demostran telah beredar dr kwsn himpunan. Kelihatan FRU melakukan kawad di tgh2 jalan sambil diperhatikan demonstran dr restoran2 berdekatan. Kebanyakannya telah bersurai akibat tindakan rakus polis dan FRU.

415pm: Sekali lg peluru pemedih mata dilepaskan di restoran berhampiran walaupun himpunan telah lama bersurai. Kali ini dos yg diberikan 3x ganda berbanding yg sblmnya. Ramai demonstran dan pelanggan restoran berdekatan meluru masuk ke dlm shopping complex berdekatan sambil termuntah2 dan batuk akibat kesan dr gas pemedih mata. Pertama kali merasakan nikmat kehidupan semula setelah kesesakan nafas 3-4 minit. Ramai yg tidak berdosa lantaran dos yg terakhir ini.

530pm: Kebanyakan demonstran mengambil kesempatan solat Asar di surau berdekatan dan berdoa supaya sedikit usaha yg dilakukan utk memansuhkan akta draconian ini mendapat ganjaran yg setimpalnya. Walaupun memorandum gagal dihantar kpd agong lantaran pelbagai usaha cilik dr krjn, tetapi pimpinan nekad akan melakukan beberapa siri demonstrasi supaya memorandum yg mewakili suara rakyat sampai ketangan Agong.

1 0gos di KL

I.
Dari Masjid Jamek
Jalan Tun Perak
Kedengaran tembakan
II.
Dari Masjid Negara
Selesai solat zohor
Terus berarak
Walaupun ditembak
Dengan gas pemedih mata
Tujuan
Mahu hantar memorandum
Kepada Ketua Negara
Di Istana Negara
Mansuhkan ISA
Dukacita keluarga mangsa
Enggan tunduk yang berkuasa
Lupa peredaran masa
Rugi majoriti manusia
Tentu yang menyalahguna kuasa
Yang rasuah dilindungi saja
Laporan dihantar berjela-jela
Siasat dilambat-lambatkan
Ibarat kereta lembu
Di zaman dulu
III.
Kedengaran tembakan
Berlari ke kiri ke kanan
Terlanggar gerai-gerai jual makanan
Petang sabtu
Biasa
Ada pasar malam
Didatangi umat Islam
Warga lain juga ada
IV.
Di Sogo
Di Jalan Tuanku Abdul Rahman
Tempat reformasi
Berkumpul manusia
Berbagai bangsa
Tiba-tiba ada tembakan
Bertempiaran
Lari kecil besar
Tua dan muda
Penyokong GMI
Pelancong-pelancong
Semua sesak nafas
Semua sakit mata

V.
Bila ditembak
Asap berkeliaran
Mata jadi pedih
Sesak nafas
Kanak-kanak jadi mangsa
Ibu muda jadi mangsa
Ibu tunggal jadi mangsa
Peniaga-peniaga jadi mangsa
Terkena juga gas pemedih mata
Terus bertakbir
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
VI.
Hari Sabtu
1 Ogos 2009
Hari bersejarah
Ditangkap yang baju merah
Unit Amal tetap istiqamah
Pedih mata
Pemimpin terus dijaga
Dr. Hatta dikoyak baju
Semangatnya kental
Puluh ribu juga ikut serta
Sama-sama menderita
Sama-sama balik bercerita
FRU gelap mata
Di akhirat pasti buta
Lupa nabi ada cerita
Penzalim
Penyokong penzalim
Di akhirat berdukacita.


HMS Abu Bakar
15 Syaabn 1430H
7/8/2009

Pantun 1 Ogos 2009

Dari Ipoh ke Kuala Lumpur
Menaiki keretapi sebelah pagi
Dengan FRU demonstrasi bertempur
Lain kali datang lagi.

Pergi ke hutan mencari rusa
Dapat menembak seekor kijang
Pahit maung demonstran rasa
Laluan kejayaan masih panjang.

Dalam sungai ada buaya
Menanti mangsa untuk dibaham
Gerakan mansuh ISA berjaya
Kezaliman rakyat mula faham.

Ada tarikan besi berani
Wujud tanpa dilihat
Penyokong GMI semua berani
Walaupun letih minda sihat.


HMS Abu Bakar
15 Syaaban 1430H
7/8/2009

Relevankah ISA?



Kenyataan dari Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam beberapa isu kebelakangan ini telah byk mengelirukan rakyat teutamanya yg beragama Islam. Kenyataannya yg berbaur politik dlm beberapa isu jelas menunjukkan beliau tidak serius dlm menangani perkara2 yg mngkar dlm pentadbiran Malaysia. Isu terbaru adalah mengenai isu ISA yg dikatakan masih relevan dan perlu diguna pakai dlm konteks Malaysia masa kini. Dikatakan ISA perlu sekiranya berlaku darurat..tetapi daruratkah Malaysia skarang? Kerajaan Barisan Nasional yg masih mengagungkan akta dibwh KDN ini mengatakan ISA perlu bagi mngelakkan ancaman bahaya dari pengganas dan sbgnya. Jika dikatakan sedemikian pada 50-60 tahun yg lpas mungkin boleh diterima pakai lantaran komunis yg menggila. Tetapi dimanakah relevannya sekarang setelah PKM telah lama dibubarkan dan Presiden PKM, Chin Peng telah lama terbuang di China?

Jika dilihat dari realiti dan fenomena yg berlaku, ISA telah disalahgunakan oleh pemerintah dgn mencampakkan majoriti inidividu2 politik yg xsehaluan dan membelakangi prinsip pemerintah. Berpuluh tahun mereka ini dikurung, diseksa fizikal, mental dan emosi, dipisahkan dari istri dan anak2 tercinta tanpa dibicarakan di mahkamah dan diadili sebaiknya. Jelas Islam melarang nature ISA yg melakukan kezaliman seperti ini..hatta kesalahan kecil perlu diadili dlm Islam. Tetapi ISA jelas membelakangi pinsip Islam dan paling teruk akta ini dikhabarkan masih perlu diguna pakai oleh seorang yg menjadi rujukan agama, Mufti Perak!

Jika dirujuk dlm konteks usul fiqh, jika berlaku sesuatu darurat maka diharuskan sesuatu yg dilarang. Sbg analogi mudah, seseorang yg tersesat berminggu2 lamanya di dlm hutan dan mengalami kesukaran mendapatkan makanan, maka diharuskan ia memakan apa shj yg dijumpainya sekadar melapik perut walaupun yg dijumpainya adalah seekor babi. Jika merujuk kpd usul fiqh ini, konsep ISA ini boleh diguna pakai sekiranya negara benar2 berlaku darurat. Jika melihat kpd senario negara kini, negara kita tidak berada dlm keadaan darurat sama sekali dan tidak wajar sekali penahanan individu tanpa dibicarakan. Sebaliknya, babi masih dimakan setiap hari sehingga kenyang bkn sekadar melapik perut hatta disimpan lagi saki bakinya di dlm peti ais (analogi).

Sekadar renungan bersama..akta drakonian yg telah byk menzalimi rakyat berpuluh tahun kian lamanya,apakah masih relevan dlm negara yg mendokong prinsip demokrasi berparlimen? Apakah hukum bg individu2 yg masih mendokong akta zalim ini?Bagaimana pula mereka yg membantah dan mengecam para demonstran yg terlibat dlm MANSUH tempoh hari yg antara tujuan utamanya bagi melupuskan akta yg membelakangi hukum Allah? Dlm hadis ada menyatakan..tunggulah azab Allah sekiranya amanah/kepimpinan diberikan kpd org yg tidak selayaknya..!

Seruan Jihad- MANSUH


Dulu, kini dan selamanya akta ISA akan sentiasa dikecam majoriti rakyat. Akta zalim yg kononnya melindungi rakyat bakal digugat oleh jutaan rakyat yg kasihkan tanahair pada tanggal 1 ogos 2009. Bakal melakarkan satu lagi tarikh keramat bagi menghantui pendirian Barisan Nasional. Laungan jihad sudah berkumandang, inilah masanya utk membuktikan kasih dan cinta kpd Islam dan negara. Jika Abu Bakar RA sanggup menginfakkan keseluruhan hartanya utk jihad di Tabuk, apalah sgt jika dibandingkan dgn pngorbanan kita untuk menyambut seruan jihad MANSUH ini..
Seruan buat reformis dan aktivis..mantapkan roh dan jasmani agar perlindungan Allah sentiasa bersama golongan yg menentang kemungkaran..Segala yg baik dtgnya dr Allah,segala yg buruk dtgnya dr UMNO dan kerajaan Barisan Nasional..

Ku Relakan Kau Pergi..

Tika senja melabuhkan layarnya, terkenang daku kenangan kita bersama, suatu kenangan yg tak akan dilupakan selamanya. Tika dlm kesepian kau menjadi teman, tika dlm kesedihan kau menjadi hiburan, tika dlm kesusahan kau hulurkan bantuan. Kenangan pahit dan manis kita harungi bersama..
Sudah ditakdirkan kita tidak bersama, ku relakan pemergianmu walaupun hati ku gundah gulana, tidak dapat ku bayangkan jka kau sudah tiada. Ku harapkan kau berbahagia bersama teman barumu yg setia..
Tiada niat dihatiku ingin menduakanmu, tapi aku adalah si manusia yg punya tahap kesabaran yg biasa, pelbagai kerenahmu melunturkan semangatku, layananmu yg hambar menyukarkan langkahku. Kini hatiku beralih kepada si dia..selamat tinggal CBN 4024..















Kini aku menjadi teman setia buat si dia..kehadiranmu mewarnai hidupku..CCL 4073..










Selangkah ke alam bahagia








6/6/09 yg lepas seorang lg sahabat telah berjaya membina masjid bersama isteri tercinta. Tahniah doucapkan kpd sahabatku abg azreen dan kak ac. Perjalanan selama 6 jam dari kuantan ke kota bharu amat berbaloi krn dapat meraikan mereka. Semoga mahligai yg dibina dapat melahirkan ramai pejuang2 agama ;)

Pencabulan Demokrasi












22/5/09 yg lalu, mahkamah rayuan telah memutuskan Zambri telah memenangi kes yg amat panas di Perak sekarang. Selaku rakyat Perak, aku amat bersimpati dan sedih dgn keputusan yg diputuskan mahkamah rayuan. Dgn mudah mahkamah rayuan memihak kpd Zambri setelah mahkamah tinggi memutuskan YB Nizar adalah MB sebenar yg sah di Perak.
Sidang ditangguhkan jam 3.30 petang pada hari kejadian selepas mendengar penghujahan dari peguam Zambry Cecil Abraham, pencelahan dari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.Sebelum ini YB Nizar telah memohon untuk 5 hakim panel yg mengadili kes tersebut, tp permohonan beliau tidak diterima. Sebaliknya hanya 3 panel hakim yg mengadili kes tersebut. Keputusannya, Zambri telah memenangi kes 3-0. Realiti rakyat telah mengetahui MB Perak (YB Nizar) masih berkuasa selagi tidak berlaku satu daripada 3 keadaan; undi tidak percaya di dlm DUN, MB meletak jawatan dan MB meninggal dunia. Logik akal tidak dapat menerima keputusan ini krn sudah terang lg bersuluh hakikat menyatakan YB Nizar masih berkuasa di bwh peruntukan yg dinyatakan.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"Mat Sabu.
Walau bagaimanapun, selaku rakyat Perak khususnya, masih berharap DUN akan dibubarkan. Tapi persoalannya, jantankah mereka untuk membubarkan DUN?? Lu pikirlah sendiri..!!!

Autism














Banyak sekali definisi yang beredar tentang apa itu Autisme. Tetapi secara amnya, Autisme adalah gangguan perkembangan khususnya terjadi pada masa kanak-kanak, yang membuat seseorang tidak mampu mengadakan social interaction dan seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Pada kanak-kanak biasanya disebut dengan Autisme Infantil. Tapi jika dilihat pada realiti, adakah haiwan juga mengalami gangguan ini?Ada sejenis makhluk yg menepati ciri2 autisme ini..cik beruang.

16/5/09, aku berkesempatan pergi ke Deerland di Lanchang. Cik beruang ni diletakkan kat checkpoint terakhir sekali. Mula2 bro. yg menjaga cik beruang ni xmembenarkan kami bergambar dgn beliau sbb 'mood'nya still not stable. Tp setelah diberikan dahan pokok reput kpd beliau, beliau trus mencakar2 tanpa mempedulikan dunia sekeliling.huhu.ajaib sungguh makhluk ni. Saat ni lah aku amik kesempatan bergambar dgn beliau, siap dpt peluk lg..haha.marvellous!! Dlm hati risau gak, mau nye tetibe beliau slap muka aku, nangis x berlagu la aku;(

Tp disebabkan cik beruang ni ada ciri2 autisme sikit, terselamatlah aku. ..

analisa krisis politik perak


Peristiwa yg memalukan apabila kuasa dan undang2 dicabuli oleh pihak memerintah. Speaker DUN Perak, Sivakumar telah diheret keluar sblm persidangan dimulakan sedangkan Siva masih berkuasa dlm persidangan itu. Diseret pula oleh pihak polis yg sepatutnya tidak mempunyai sebarang kuasa di dlm dewan. Undang2 telah memutuskan pihak polis tidak dibenarkan menahan seseorang di dlm dwn persidangan.. tp apakah yg telah berlaku baru2 ini?Amat memalukan buat rakyat dan negara Malaysia. Penegak keadilan mencabul undang2??? Pihak tertentu terdesak melakukan persidangan krn tempoh DUN dibubarkan secara automatik adalah selama 6bulan sekiranya pesidangan tidak berlangsung dlm tempoh tersebut. Jika DUN dibubarkan, tsunami politik bakal berlaku sekali lagi di Perak. Inilah yg dikhuatirkan oleh krjn BN.


Setelah hampir 100 hari krisis politik perak menghantui rakyat Malaysia,akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan kes MB perak sebenar dimenangi oleh YB Nizar. Sejurus mendapat hak mutlak, YB Nizar telah membuat statement utk mendapatkan perkenan sultan utk membubarkan DUN. Inilah yg dikatakan pemimpin yg memikirkan masa depan rakyat,bkn utk mnjaga periuk nasi sendiri;). Apabila DUN dibubarkan, sudah pasti p/raya akan diadakan semula utk menentukan kerajaan negeri..masa inilah rakyat akan membuktikan sokongan sebenar kpd PR. Bagi parti2 dlm PR, sudah tiba utk mengatur strategi dan meletakkan calon di kwsn dan post2 strategik, belajar dr kesilapan meletakkan calon 'tangkap muat' di kwsn2 tertentu.

Namun, tidak sampai 16jam YB Nizar kmbali memerintah, Zambri telah kemukakan rayuan kpd mahkamah rayuan utk menangguhkan keputusan tersebut. Mahkamah mengembalikan post kpd Zambri. Very messy this situation..huhu. Apa agenda sebenar mereka kali ini??Mungkinkah mereka juga akn mengikut jejak langkah PR utk membubarkan DUN?Jika pmbubaran dilakukan olen krjn BN, besar kemungkinan krjn sementara semasa p/raya akn diketuai oleh BN. Inilah kesempatan yg akan digunakan utk mendominasi semua media cetak dan elektronik utk kpntingan sebelah pihak. Tapi jika difikirkan, walaupun tidak menjadi krjn sementara, besar kemungkinan semua kemudahan media masih memihak kpd mereka krn krjn pusat masih dimiliki BN (spt yg berlaku sblm ini).

Apa pun yg berlaku selepas ini,mnjadi kwajipan kpd kita utk mendoakn keadilan akn ditegakkan di Perak. Pasti ada sinar menjelma selepas mendung menerpa...!!

Hari yang penuh bermakna














Kedinginan pagi hari ni aku isikan dgn santapan rohani di Teluk Cempedak. Sambil menikmati panorama terbitnya matahari, taujihat diberikan abg fizi. Taujihat terakhirnya sblm dia meninggalkan kampus. Taujihat penuh bermakna mengingatkan agar kukuh dlm perjuangan, berkecil hati perkara biasa dlm perjuangan.













Santapan rohani dan fizikal telah ditunaikan,kini tiba masanya utk menunjukkan aksi sebenar zorro alaf baru. Bertempat di Pusat Equestrian Tanjung Lumpur, wardmate aku masing2 menunjukkan skill ala2 warrior 7th century.















Destinasi yg menjadi sasaran seterusnya, Pantai Balok. Rehlah yg dirancang akhirnya menjadi,walaupun pada mulanya byk sgt kntroversi. Kerakusan aku menjamah hidangan yg disediakan wardmate aku ala2 masakan Hotel Vistana berjaya mnambahkan 1kilo berat aku..;)

1 Black Malaysia

Esok bakal berlangsung persidangan Dun Perak esok yang antara agendanya adalah memecat Speaker Dun Perak, V Sivakumar. Macam-macam kerenah BN cuba wat utk hapuskan individu2 yg dianggap duri. Lepas rampasan kuasa, speaker lak diorang nak lucutkan. Sistem pemerintahan zalim!!Aku anak jati perak sentiasa mendoakan YB Nizar akan kembali meneraju kepimpinan..hidup Nizar!!


Mungkinkah esok (7 Mei 2009) Malaysia bakal menempah sejarah sekali lagi bagi membuktikan kuasa rakyat dlm demokrasi berparlimen?Esok pasti bkn plhnraya, tp esok bakal melakar satu sejarah seperti BERSIH. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 ( Khamis) dengan berpakaian hitam sepanjang hari yang dinamakan 1MalaysiaGelita.

Kerana mengajak orang ramai memakai baju hitam esok, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat (gambar paling kiri) ditangkap di bawah Akta
Hasutan. Di mana keadilan dan demokrasi yg diuarkan-uarkan selama ini?Jom pakat pakai baju hitam esok..tunjuk kat BN bahawasanya rakyat mementingkan pemerintahan yg adil.

Hidup BA!! Hidup Perak!! Hidup YB Nizar!!

akulah hero remaja!!


akulah hero remaja!! maybe tu la kot maksud beliau setelah ditranslate dr bhs kambing.walaupun pic nye di snap beribu kali,tapi encik kambing ini masih mmbekk kat aku..lalala~

actually,pic ni pun aku amik tym baksis di sik.kbtulan umah angkat ada bela kambing,aku pun amik kesempatan la merapatkan ukhwah dgn beliau.

huhu.rupenye2 beliau ada infection kat rectal area beliau.patutla beliau asik mmbekk bla aku snap pic beliau..maybe takut populariti nye jatuh;P

erm..tp plik la even beliau ni tgh sakit,tp beliau x penah pun try nak menyondol2 aku even aku menggangu privasi beliau.bygkanla klu kite yg tgh sakit,pastu kne kacau lak..alamatnye minimum tendangan tanpa byg la singgah kat muka.huhu

moral of the story is..klu tgh sakit pun,control ur emotion bebeh.sabar itu sbhgn dari iman. sedangkan kmbng blh bersabar, inikan pula manusia.hehe.sesungguhnya sakit itu ujian dari Allah..barulah tau nilai dan erti sihat semasa sakit..



x caye ke??tgk la kemesraan beliau ngan anak beliau ni.tgh sakit pun still blh layan baik2 anak beliau..suspek la lu bro!!
p/s: sakit @ ujian itu dari Allah,segala yg dtg dr Allah pasti ada hikmahnya.terpulang pada kita bagaimana nak adapt ngan keadaan tersebut..





2nd annual grand dinner















Setiap yg bermula pasti ada penghujungnya. Bermulanya kehidupan disudahi kematian. Setiap pertemuan penghujungnya pasti wujud perpisahan. Sejarah kian berulang apabila 2nd batch nursing bakal meninggalkan medan kampus utk melangkah ke alam realiti yg lebih nyata. 25 April 2009 di Vistana, 21 org senior diraikan buat kali terakhir sblm meninggalkan kampus.
Bagi yg terlibat dgn gerakan mahasiswa, perpisahan ini bakal memberi seribu satu persoalan adakah persediaan mental dan fizikal sudah mantap bg menghadapi mehnah di luar. Medan kampus merupakan satu platform pemantapan roh dan jasmani sblm berhadapan realiti sebenar masyarakat. Goyah pendirian di kampus tidak semestinya gagal apabila berada di dalam masyarakat, tetapi menjurus ke arah kegagalan.
Perjuangan mesti diteruskan!!




Dont judge book by the cover..




rupa paras mengatasi segalanya..tapi itulah hakikat sebenar kehidupan.luaran kelihatan menarik,tapi dalaman nauzubillah.pe kaitannye ngan kcng ni??huhu.aku pun dah xbtul.actually,gmb ni aku snap tym kat umah family angkat baktisiswa kat kdh.punyela cantik,puas aku cium die.belek punye belek..kutu pnuh daa kat bulu die..;( huhu.tetibe aku trase kepala aku gtl2 even xgtl pun sbnanye.takut kutu tu mlmpat kat kepala aku (note:kutu kcng xlepak kat kepala org;P)..moral of the story..jgn cium sebarangan..awas!!kutu sedang memerhatikan anda!!

mentarikan bersinar!!

langkahan kaki mencari erti sebenar kehidupan,sinar terpancar di depan mata namun sejauh mana insan menghargai sinar itu..
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi