Pencabulan Demokrasi












22/5/09 yg lalu, mahkamah rayuan telah memutuskan Zambri telah memenangi kes yg amat panas di Perak sekarang. Selaku rakyat Perak, aku amat bersimpati dan sedih dgn keputusan yg diputuskan mahkamah rayuan. Dgn mudah mahkamah rayuan memihak kpd Zambri setelah mahkamah tinggi memutuskan YB Nizar adalah MB sebenar yg sah di Perak.
Sidang ditangguhkan jam 3.30 petang pada hari kejadian selepas mendengar penghujahan dari peguam Zambry Cecil Abraham, pencelahan dari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.Sebelum ini YB Nizar telah memohon untuk 5 hakim panel yg mengadili kes tersebut, tp permohonan beliau tidak diterima. Sebaliknya hanya 3 panel hakim yg mengadili kes tersebut. Keputusannya, Zambri telah memenangi kes 3-0. Realiti rakyat telah mengetahui MB Perak (YB Nizar) masih berkuasa selagi tidak berlaku satu daripada 3 keadaan; undi tidak percaya di dlm DUN, MB meletak jawatan dan MB meninggal dunia. Logik akal tidak dapat menerima keputusan ini krn sudah terang lg bersuluh hakikat menyatakan YB Nizar masih berkuasa di bwh peruntukan yg dinyatakan.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"Mat Sabu.
Walau bagaimanapun, selaku rakyat Perak khususnya, masih berharap DUN akan dibubarkan. Tapi persoalannya, jantankah mereka untuk membubarkan DUN?? Lu pikirlah sendiri..!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi