1 0gos di KL

I.
Dari Masjid Jamek
Jalan Tun Perak
Kedengaran tembakan
II.
Dari Masjid Negara
Selesai solat zohor
Terus berarak
Walaupun ditembak
Dengan gas pemedih mata
Tujuan
Mahu hantar memorandum
Kepada Ketua Negara
Di Istana Negara
Mansuhkan ISA
Dukacita keluarga mangsa
Enggan tunduk yang berkuasa
Lupa peredaran masa
Rugi majoriti manusia
Tentu yang menyalahguna kuasa
Yang rasuah dilindungi saja
Laporan dihantar berjela-jela
Siasat dilambat-lambatkan
Ibarat kereta lembu
Di zaman dulu
III.
Kedengaran tembakan
Berlari ke kiri ke kanan
Terlanggar gerai-gerai jual makanan
Petang sabtu
Biasa
Ada pasar malam
Didatangi umat Islam
Warga lain juga ada
IV.
Di Sogo
Di Jalan Tuanku Abdul Rahman
Tempat reformasi
Berkumpul manusia
Berbagai bangsa
Tiba-tiba ada tembakan
Bertempiaran
Lari kecil besar
Tua dan muda
Penyokong GMI
Pelancong-pelancong
Semua sesak nafas
Semua sakit mata

V.
Bila ditembak
Asap berkeliaran
Mata jadi pedih
Sesak nafas
Kanak-kanak jadi mangsa
Ibu muda jadi mangsa
Ibu tunggal jadi mangsa
Peniaga-peniaga jadi mangsa
Terkena juga gas pemedih mata
Terus bertakbir
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
VI.
Hari Sabtu
1 Ogos 2009
Hari bersejarah
Ditangkap yang baju merah
Unit Amal tetap istiqamah
Pedih mata
Pemimpin terus dijaga
Dr. Hatta dikoyak baju
Semangatnya kental
Puluh ribu juga ikut serta
Sama-sama menderita
Sama-sama balik bercerita
FRU gelap mata
Di akhirat pasti buta
Lupa nabi ada cerita
Penzalim
Penyokong penzalim
Di akhirat berdukacita.


HMS Abu Bakar
15 Syaabn 1430H
7/8/2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi