Diari pejuang..

Kian pg menghangatkan suasana, langkahku berkobar2 bersama shbt yg lain menuju ke medan juang yg dinantikan selama ini. Impianku hanya satu..bersama reformis yg lain menuntut hak supaya akta yg zalim dihapuskan, akta yg kian membelakangkan hukum Allah dilupuskan, akta yg menghalalkan pengurungan tahanan tanpa dibicarakan..Internal Security Act (ISA)!!


Jika dilihat dlm konteks demokrasi, inilah shj jalan bg membuka mata pemerintah supaya suara rakyat didengari. Jika selama ini pelbagai surat dan memorandum tidak dilayan, permohonan permit berhimpun secara aman dibatalkan, tindakan media yg berat sebelah dan sebagainya jelas menunjukkan ada pihak yg cuba menyekat kemaraan suara rakyat. Sejarah demonstrasi dlm dua tiga thn kebelakangan ini berjaya membuktikan rakyat benar2 serius dlm memperjuangkan sesuatu isu.


Antara demonstrasi yg berjaya m
embuka mata krjn:
1. BERSIH: akhirnya SPR terpaksa tunduk kpd BERSIH mengenai isu dakwat kekal etc. PRU 12 berjaya mencipta tsunami politik sehingga 5 negeri terlepas kpd PR.

2. PROTES: akhirnya krjn terpaksa tunduk dgn desakan rakyat supaya harga myk yg melambung tinggi diturunkan semula.Pada mulanya krjn cuba berdolak-dalik dgn isu ini walaupun jelas ternyata Petronas berjaya mengaut keuntungan saban tahun, dan tidak sewajarnya harga myk dinaikkan. Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.


3. PPSMI: akhirnya pembelajaran sc & math dlm bhs inggeris akan dimansuhkan setelah sekian lama rakyat meluahkan rasa tidak puas hati. Jelas pelaksanaannya telah membazirkan jutaan wang rakyat yg tidak langsung memberikan faedah kpd pelajar terutamanya jelas meminggirkan pelajar luar bandar. PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan nasional negara kita.











130pm: kelihatan polis telah mula menahan sesiapa sahaja yg berpakaian hitam di sekitar Sogo dan Masjid Jamek. Tiada alasan yg kukuh bg pihak berkuasa menahan individu tanpa permit. Jelas tindakan yg terdesak bg menahan kemaraan suara rakyat.
2pm: Laungan takbir dan seruan ISA dimansuhkan mula berkumandang di sekitar jalan2 di Sogo. Orang ramai mula berhimpun secara aman ditengah2 jalan raya sambil melaungkan ISA dimansuhkan.

2.05pm: Polis meluru ke tengah2 himpunan, meleraikan segala yg ada. Menggunakan kekerasan menolak,memukul, memijak demonstran yg ada.

2.10pm: FRU dgn rakus melepaskan pemedih mata ke tgh2 himpunan mengakibatkan ribuan demonstran terasa pedih mata. Bkn shj demonstran yg dizalimi, warga kota, ibu muda, kanak2 dan insan yg tidak berdosa turut menjadi mangsa kerakusan FRU.

245pm: FRU dan polis masih dlm aksi kejar mengejar. Polis menangkap sesiapa shj di sekitarnya. FRU dgn gah melepaskan puluhan peluru pemedih mata dan menyimbah air asid menggunakan water cannon. Tanpa mempedulikan peniaga di sekitar, makanan, pakaian dan sebagainya yg berada di kedai2 berdekatan turut disimbah air asid..menyebabkan ratusan ribu ringgit kerugian oleh peniaga disebabkan tindakan bodoh FRU.

3pm: Demonstran di Sogo beredar perlahan2 menuju ke arah Pejabat Agung Pas. Taujihat diberikan kebanyakan dr pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak lama selepas itu, FRU kembali menyimbah air asid supaya semua beredar.

4pm: Polis dan FRU berjaya menggagalkan pertembungan antara demonstran di Sogo dan Masjid Negara drpd bersatu. Kebanyakan demostran telah beredar dr kwsn himpunan. Kelihatan FRU melakukan kawad di tgh2 jalan sambil diperhatikan demonstran dr restoran2 berdekatan. Kebanyakannya telah bersurai akibat tindakan rakus polis dan FRU.

415pm: Sekali lg peluru pemedih mata dilepaskan di restoran berhampiran walaupun himpunan telah lama bersurai. Kali ini dos yg diberikan 3x ganda berbanding yg sblmnya. Ramai demonstran dan pelanggan restoran berdekatan meluru masuk ke dlm shopping complex berdekatan sambil termuntah2 dan batuk akibat kesan dr gas pemedih mata. Pertama kali merasakan nikmat kehidupan semula setelah kesesakan nafas 3-4 minit. Ramai yg tidak berdosa lantaran dos yg terakhir ini.

530pm: Kebanyakan demonstran mengambil kesempatan solat Asar di surau berdekatan dan berdoa supaya sedikit usaha yg dilakukan utk memansuhkan akta draconian ini mendapat ganjaran yg setimpalnya. Walaupun memorandum gagal dihantar kpd agong lantaran pelbagai usaha cilik dr krjn, tetapi pimpinan nekad akan melakukan beberapa siri demonstrasi supaya memorandum yg mewakili suara rakyat sampai ketangan Agong.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi