Pantun 1 Ogos 2009

Dari Ipoh ke Kuala Lumpur
Menaiki keretapi sebelah pagi
Dengan FRU demonstrasi bertempur
Lain kali datang lagi.

Pergi ke hutan mencari rusa
Dapat menembak seekor kijang
Pahit maung demonstran rasa
Laluan kejayaan masih panjang.

Dalam sungai ada buaya
Menanti mangsa untuk dibaham
Gerakan mansuh ISA berjaya
Kezaliman rakyat mula faham.

Ada tarikan besi berani
Wujud tanpa dilihat
Penyokong GMI semua berani
Walaupun letih minda sihat.


HMS Abu Bakar
15 Syaaban 1430H
7/8/2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi