Relevankah ISA?



Kenyataan dari Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam beberapa isu kebelakangan ini telah byk mengelirukan rakyat teutamanya yg beragama Islam. Kenyataannya yg berbaur politik dlm beberapa isu jelas menunjukkan beliau tidak serius dlm menangani perkara2 yg mngkar dlm pentadbiran Malaysia. Isu terbaru adalah mengenai isu ISA yg dikatakan masih relevan dan perlu diguna pakai dlm konteks Malaysia masa kini. Dikatakan ISA perlu sekiranya berlaku darurat..tetapi daruratkah Malaysia skarang? Kerajaan Barisan Nasional yg masih mengagungkan akta dibwh KDN ini mengatakan ISA perlu bagi mngelakkan ancaman bahaya dari pengganas dan sbgnya. Jika dikatakan sedemikian pada 50-60 tahun yg lpas mungkin boleh diterima pakai lantaran komunis yg menggila. Tetapi dimanakah relevannya sekarang setelah PKM telah lama dibubarkan dan Presiden PKM, Chin Peng telah lama terbuang di China?

Jika dilihat dari realiti dan fenomena yg berlaku, ISA telah disalahgunakan oleh pemerintah dgn mencampakkan majoriti inidividu2 politik yg xsehaluan dan membelakangi prinsip pemerintah. Berpuluh tahun mereka ini dikurung, diseksa fizikal, mental dan emosi, dipisahkan dari istri dan anak2 tercinta tanpa dibicarakan di mahkamah dan diadili sebaiknya. Jelas Islam melarang nature ISA yg melakukan kezaliman seperti ini..hatta kesalahan kecil perlu diadili dlm Islam. Tetapi ISA jelas membelakangi pinsip Islam dan paling teruk akta ini dikhabarkan masih perlu diguna pakai oleh seorang yg menjadi rujukan agama, Mufti Perak!

Jika dirujuk dlm konteks usul fiqh, jika berlaku sesuatu darurat maka diharuskan sesuatu yg dilarang. Sbg analogi mudah, seseorang yg tersesat berminggu2 lamanya di dlm hutan dan mengalami kesukaran mendapatkan makanan, maka diharuskan ia memakan apa shj yg dijumpainya sekadar melapik perut walaupun yg dijumpainya adalah seekor babi. Jika merujuk kpd usul fiqh ini, konsep ISA ini boleh diguna pakai sekiranya negara benar2 berlaku darurat. Jika melihat kpd senario negara kini, negara kita tidak berada dlm keadaan darurat sama sekali dan tidak wajar sekali penahanan individu tanpa dibicarakan. Sebaliknya, babi masih dimakan setiap hari sehingga kenyang bkn sekadar melapik perut hatta disimpan lagi saki bakinya di dlm peti ais (analogi).

Sekadar renungan bersama..akta drakonian yg telah byk menzalimi rakyat berpuluh tahun kian lamanya,apakah masih relevan dlm negara yg mendokong prinsip demokrasi berparlimen? Apakah hukum bg individu2 yg masih mendokong akta zalim ini?Bagaimana pula mereka yg membantah dan mengecam para demonstran yg terlibat dlm MANSUH tempoh hari yg antara tujuan utamanya bagi melupuskan akta yg membelakangi hukum Allah? Dlm hadis ada menyatakan..tunggulah azab Allah sekiranya amanah/kepimpinan diberikan kpd org yg tidak selayaknya..!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi