Badan Bertindak TAHAN


Rentetan ura-ura kerajaan pusat ingin mengambil alih sekolah izzuddin dan taayah, bekas pelajar telah mengambil inisiatif menubuhkan Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN). 18/12/09 yang lalu, press conference yang dikepalai TAHAN telah berlangsung selepas solat jumaaat di perkarangan sekolah izzuddin bagi membantah tindakan ini.
Bagi segelintir rakyat dan massa, mungkin menganggap tindakan kerajaan pusat ini ada nilainya apabila dua buah sekolah ini akan diserapkan di bawah kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pendapatan tenaga pengajar akan diselaraskan seperti yang diperoleh tenaga pengajar yang mengajar di sekolah-sekolah di bawah kerajaan pusat.
Namun, tindakan ini akan menyebabkan subjek teras Idadi dan Thanawi akan dihazafkan. Kualiti pelajar yang dihasilkan dari sekolah ini akan terhakis dek pemansuhan 2 subjek teras ini. Idadi dan Thanawi merupakan subjek teras yang wajib dipelajari yang mengandungi subjek tauhid,sirah,balaghah etc.Bagi form 1-3, para pelajar diwajibkan mengambil Idadi yang mengandungi 9subjek agama. Bagi form 4,thanawi merupakan subjek yang wajib dipelajari. Situasi ini merupakan titik tolak perbezaan yang ketara dalam bidang akademik dimana sekolah-sekolah dibawah kerajaan pusat tidak menyediakan peruntukan ini.Hasil tarbiah dan didikan, ramai yang berjaya mendapat mumtaz dan jaid jiddan dalam idadi dan thanawi ini. Justeru,kefahaman yang mendalam tentang islam dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akhlak,rohani dan sahsiah.
Selain itu, pemansuhan ini juga akan memberi kesan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang agama seperti Al-Azhar etc.
TAHAN akan menghantar memorandum kepada pihak istana jika tida maklum balas dari authorities yang terlibat. Jika subjek ini dimansuhkan,maka satu lagi usaha untuk melenyapkan ilmu agama di muka bumi telah berjaya..Nauzubillah! TAHAN menyeru agar semua yang cintakan agama Allah supaya mendoakan dikekalkan sekolah ini dibawah pentadbiran kerajaan negeri...amin..

Ya Allah..Selamatkan SIS dan SERATA


Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi