Tip menjadi blogger terkenal



Dunia blog makin menjadi kegilaan ramai orang; bermula dari budak hingusan meleret kepada budak muda berjanggut sejemput sampailah tumpah kepada bapak budak. Tidak dapat dinafikan dunia blogger menjadi media baru buat massa untuk mengekspressi yang terbuku di dalam hati dan sanubari.

Walaubagaimana pun, tidak dapat dinafikan sekiranya mafsadah yang dihasilkan dari blog juga boleh membawa kepada perpecahan,kekeliruan dan kehancuran. Majoriti blogger bukanlah dari golongan manusia yang bertaraf alim ulama seperti Dr. Yusof Al Qardawi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz etc. Jauh sekali jika dibandingkan dengan penulis haraki dan jamaah seperti Almarhum Syed Qutb dan Fathi Yakan umpama planet bumi dan Pluto jauhnya. Arakian kesudahannya, pembaca blog seharusnya menggunakan kemahiran ‘Bio Aura’ semasa blog walking. Tapis dulu info2 yang ada di dalam blog sebelum menerima bulat2 (contohi kepakaran penapis air Bio Aura, menapis segala kekotoran sebelum menyalurkan air yang berkualiti)

Baru-baru ni, muncul lagi seorang blogger..Aduka Taruna. Nama seolah-olah lagaknya dari zaman kepahlawanan raja-raja melayu. Mungkin disebabkan kehadirannya di muka bumi yang bercorakkan arus pembangunan ini menyebabkan pemikirannya dimasuki virus Trojan kerana tidak dapat adapt dengan nature tersebut lantaran terbiasa dengan kehidupan purbanya. Namun namanya semakin menjadi sebutan ramai lantaran kekurang ajarannya dalam tulisan blognya.

Baru-baru ini sekali lagi Aduka Taruna mencetuskan kontroversi melalui tulisannya sekaligus mencerminkan dirinya seorang yang tidak berakhlak apabila tulisannya tidak menghormati almarhum Sultan Johor yang mangkat kelmarin.



Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com jelas menunjukkan kebiadaban yang tak terhingga melalui artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.


“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”


Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama'-Ulama' Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk "Wahabi Perlis", beliau menulis;

"Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia."

dan;

"Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. "


Dalam tulisan bertajuk "Sembang Mazhab" dia menulis

"Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket."

dan;

"Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai."



Kesimpulannya, setiap bait-bait perkataan yang keluar seharusnya diteliti dan dikaji. Mungkin ada unsur provokasi, tapi isu ini melibatkan maslahat umat secara umum. Semakin dibiarkan, semakin ligat jari-jemari pahlawan purba ini mengkritik dan menghentam alim ulama, sahabat2 nabi, tabiin etc. Oleh itu, kita sepatutnya menyokong saranan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ini.

Masih ingin mendapat tip menjadi blogger terkenal?Jadilah seperti Aduka Taruna. Postkan entry2 anda dalam gaya kontroversi.Tetapi bersedialah menghadapi risiko bahana dunia seperti ditahan dalam ISA, dipenjara 10 tahun, dipulau masyarakat dan disepak terajang. Kat akhirat lak penantian hukuman dari Allah yang tidak dapat dibayangkan.huhu.nauzubillah! Jadilah blogger sejati..blogger pejuang!

Intellectual Discourse 1 2010

HEMPAP 2010

Kenapa Anda Berdakwah? – Kelesuan Kampus




“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.

“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.

Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri.


Kerja dakwah di kampus memang mencabar. Tambahan pula cabaran itu berubah dari semasa ke semasa. Kumpulan dakwah yang gagal membaca perubahan lantas gagal mengubah strategi dan pendekatan, akan mengalami kelumpuhan sokongan dan perhatian warga kampus.

Banyak persoalan yang dilontarkan kepada saya. Serba salah mahu menjawabnya, kerana saya takut saya akan cuba memaksa pengalaman silam kepada hari ini yang sudah jauh berbeza berbanding semalam.

Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.

Di dalam mailing list saifulislam @ yahoogroups, saya melepaskan sebahagian maklum balas kepada isu gerak kerja dakwah di kampus (mesej #1928 – #1955) untuk melihat maklum balas umum. Persoalan berkaitan sensitiviti dan kerahsiaan tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah ‘rahsia umum’ yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.

Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.

Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.

Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.

Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.

Jika kita tidak berpuas hati dengan kumpulan yang kita sertai, kumpulan mana yang kita mahu pergi jika kesempurnaan yang dicari? Semua kumpulan yang ada adalah kumpulan manusia. Kalau manusialah nama ahlinya, kelebihan dan kekurangan adalah corak yang mesti wujud. Buat apa mengeluh dan berlari ke kanan, seketika ke kiri pula, kerana melarikan diri dari kekurangan? Tampilkan peranan… berhentilah daripada bersikap reaktif dan melarikan diri dari kekurangan. Jika anda terus berlari mengejar kesempurnaan, anda sebenarnya berlari di dalam satu pusingan yang akan berakhir di titik yang sama.

Kekurangan dan kelemahan bukannya untuk dicela atau dibenci. Ia pelajaran dari Tuhan untuk kamu. Kamu sudah ada kehidupan tahun 2007 yang penuh kesempurnaan. Maka apa salahnya kumpulan dakwah kamu diuji dengan kekurangan? Setelah hidup penuh ganjaran pahala syukur atas kesempurnaan, gunakanlah gelanggang dakwah untuk mengutip pahala sabar dan tekun memperbaiki kelemahan.

Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.



Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yYang telah ditetapkan Allah BAGI kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)

Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Bukannya hukuman KE ATAS kita. Namun, sikap kita dalam mendepani cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah semangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan dakwah di kampus, raikanlah segala kemenangan kecil, biar pun ia hanya membetulkan senget tudung seorang gadis yang naif.

Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.

Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.

Erti Hidup Pada Memberi… be proactive!

by: Saiful Islam

Teksi yg budiman

Tut..tuTt..tuTtt..'no yang anda dail tidak dapat dihubungi'.kecewa sbb pakteh lena dibuai mimpi,mustahil dpt angkat call.huhu

jam dah kol 4am.mate punye la ngantuk.teksi yg bakal mengikis RM15 dlm wallet ni spt melambai-lambai je.nak xnak terpaksa dgn berat hati naik gak.

at last,sampai gak kat bilik.alhamdulillah;)time for sleep!

(cam xda kaitan ngan title je..biala,blog aku!)

baru je 24jam yang lepas smpai kat ipoh,skang dah ada kat uia blik.misi umat perlu diteruskan..travel yg memenatkan..tp sweet;) everything is sweet dlm perjuangan;)

p/s: fatrah 'ghozwatul fikr' dh bermula..moh pakat sedia mental ngan fizikal + doa, usaha ngan tawakal supaya diberikan kemenangan utk jundullah dlm misi dakwah

Adobe




Dari pg td dok menadah telinga denga workshop Adobe kat lecture hall 2, Kulliyyah Pharmacy. ni bkn sbarang Adobe, Adobe Flash Professional..gempak je bunyi je. Tapi punye la susah nak gune.huhu.Nak sribu daya,xnak sribu dalih..caiyok betTTy..!!

Ingatkan lone ranger je dok pening,rupenye ramai gak blur.nasib baik le las minit phm sket2.At least dpt gak la seketul due basic nak pakai alah tu.huhu.

Bak kata en penceramah tu,'saya dulu penah dpt task design presentation utk prog National Health Safety, RM 50000'.Gempak gak klu expert mende ni..tetibe je nak jd graphic designer..(dlm mimpi je la).

Duk dlm era zaman media baru ni,la budda kena tau gak sket2 mende ni. Mad'u skang kureng dah nak menadah telinga denga ceramah,tazkirah etc. Maybe wasilah ni gak la blh pakai utk sampaikan kesedaran.Ade advanced animation,confirm blh tarik minat mad'u nak tgk then lyn presentation tu.Strategi dakwah berubah mengikut keperluan dan waqi'.

p/S: blajaq dulu basic adobe yg simple2,jgn dok gatai2 p yg professional trus;)nasihat ditujukan utk diri sendiri..time kasih

Kehangatan PRK kian terasa




Tepat jam 5pm, final list candidates untuk PRK dah kua.Satu kelainan tahun ni..spt yang dijangkakan. Ramai candidate yang submit form tym nomination pg td yang bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru dari kulliyyah nursing,pharmacy,medic,allied dan sciences. Dentist wat perangai pelik sbb sorang calon je lepas..gempak la Bad (confirm firda@fifie blanje mkn ko seminggu).

Kulliyyah nursing bakal menyaksikan 3 penjuru; fauzan, hakim ngan hajaq. Sapela agaknye bakal jd our future leader ek.Dlm kepala ni nampak dh byg2 nye..;).

To all voterz,vote candidate yg mantap!ada islamic leadership..baru blh guide ke arah jalan yg lurus gitu..

7days to go..election day (im waitin 4u). xsabaq nak p ngundi.Kuantan melakar sejarah sbb 1st tym majority kulliyyah ada pertandingan. Its mean what?kesedaran politik massa dh makin meningkat..mungkinkah begitu? politik kampus bakal mewarnai campus life..

Peningkatan kualiti diri sbg aset terpenting dlm kepimpinan..

Nomination Day!!



Hari yang dinanti telah tiba. Hari ni full day diisi dgn nomination activities.Calon-calon maybe dtg dgn gagasan tersendiri.Mungkinkah tahun ni satu kelainan bakal berlaku? Ramai yang mengharapkan adanya election tahun ni.So, p anta form nomination ramai-ramai!! Kita meriahkan election day tahun ni..sYaBBAsHH beTtYY..

Pilihan Raya Kampus: Pro-Mahasiswa tekad kuasai MPM/MPP




KUALA LUMPUR, 13 Jan: Menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 09/10 yang dijangka penghujung Januari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa kini mula serius menggerakkan jentera mereka dalam usaha memenangi kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus masing-masing.

Semalam kumpulan yang terdiri dari beberapa front mahasiswa itu melancarkan misi 'Mahasiswa Tawan Kampus' (MiSi-10) dalam satu majlis di Kompleks Perdana Siswa Gazebo Universiti Malaya.

MiSi-10 terdiri daripada gabungan beberapa front yang di ketuai oleh PRO-Mahasiswa bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) , Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH).

Mereka juga turut disokong olek kumpulan Pro-Mahasiswa di 10 kampus utama seluruh negara.

Dalam satu kenyataan bersama mereka memberitahu, Pelancaran MiSi-10 sebagai isyarat awal mereka menuntut ruang pemilihan yang adil.

"Ini isyarat awal menunjukan bahawa keseriusan kami di peringkat mahasiswa untuk memastikan pilihan raya kampus yang akan berlansung dilaksanakan dalam satu ruang padang yang adil demi melahirkan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti bagi membela nasib mahasiswa yang lain khasnya dan nasib rakyat Malaysia umumnya," kenyataan mereka dipetik.

Mereka juga turut mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak universiti melihat kepada beberapa kronologi kes yang berlaku sepanjang tahun 2009 yang didakwa mereka sebagai kongkongan terhadap demokrasi kampus.

Kes yang dijadikan rujukan termasuklah prosiding lapan mahasiswa UM yang disabitkan di bawah AUKU kerana menjemput ahli politik merasmikan program mahasiswa serta kes pendakwaan terhadap lima mahasiswa dalam kes conteng 'bini puaka' di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam APIUM.



Selain itu isu halangan penganjuran Forum E-Undi dan tuduhan mahasiswa UKM sebagai Pro-Israel juga ujar mereka suatu yang menghalang mahasiswa beridealisme.

"MiSi-10 melihat bahawa isu-isu yang berlaku telah mencalarkan imej dan fungsi sebuah universiti yang seharusnya disuburkan dengan budaya dan suasana demokrasi yang memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk beridealisme dan melaksanakan aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri," kata mereka lagi.

Sehubungan itu mereka menuntut pihak universiti bertindak telus dan adil pada PRK akan datang dengan membenarkan kehadiran pemantau bebas dari luar.

Ianya juga termasuk menghapuskan sistem pengundian elektronik (e-undi) pada PRK kali ini dan akan datang.

Selain itu mereka turut menggesa agar pihak universiti mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa untuk berhimpun, bersuara, berpersatuan dan kebebasan akademik.

Pihak universiti juga gesa mereka perlu menjaga keselamatan calon dan mahasiswa daripada ancaman pihak-pihak tertentu semasa proses pilihanraya berlangsung.

Pemimpin pelajar IPTA beri amaran demo jika e-undi diteruskan



PETALING JAYA, Jan 11 — Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah) mahu membuat aduan kepada pertubuhan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa jika pusat-pusat pengajian tinggi awam meneruskan sistem pengundian elektronik (e-undi) semasa pilihan raya kampus kali ini, yang diadakan secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.
Jika usaha-usaha itu tidak juga berhasil manakala Kementerian Pengajian Tinggi tetap dengan pendiriannya, Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Salleh berkata mereka akan memobilasi ribuan mahasiswa untuk turun ke jalan raya berdemonstrasi sebagai jalan terakhir.
Setakat ini hanya dua universiti awam telah mengambil pendirian tidak menggunakan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.
Mohd Aizat berkata pihaknya akan meneruskan desakan untuk memansuhkan sistem e-undi yang akan digunakan dalam pilihan raya kampus akan datang ini.
“Justeru, Bantah bersama-sama barisan mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar memansuhkan sistem e-undi dengan segera,” kata pemimpin pelajar dari Universiti Malaya ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Petisyen online tersebut boleh dilayari di sini.
“Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Amnesty International Malaysia, pertubuhan Pilihan Raya Bebas dan Adil Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.
Langkah itu bertujuan agar pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bertindak menyiasat dan mengkaji ketidaktelusan sistem tersebut, kata Aizat.
“Selain itu, ia juga sebagai aduan mahasiswa terhadap pencabulan hak asasi serta hak kebebasan akademik dan mahasiswa di dalam universiti.
“Bantah berharap NGO seperti Amnesty International Malaysia selaku pertubuhan bertaraf antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi masyarakat dunia, agar membawa isu ini ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Selain itu, referendum ini juga ditujukan kepada universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus.
“Ia adalah tindakan profesional terakhir kita setelah memorandum-memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Bantah sebelum ini dibakulsampahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.-The Malaysian Insider

Mahasiswa semakin kehilangan taringnya



Frasa mahasiswa amat sinonim dgn susuk tubuk peribadi yang belajar di kampus-kampus pengajian. Namun, frasa ‘MAHA’siswa itu sendiri tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh mahasiswa yang merujuk kpd advance dari segi intelektual,pemikiran,sahsiah dan pendirian. Bahkan objektif dan hala tuju sebenar mahasiawa berada di kampus juga tidak jelas atau tidak mahu cuba untuk tahu oleh mahasiswa itu sendiri.
Pengalaman hampir 4 tahun di kampus sedikit sebanyak memberi clearview tentang permasalahan ini. Saban tahun, mahasiswa semakin berdiam diri, menjadi semakin lemah dan lesu, dan semakin kehilangan bisa dan taringnya. Mahasiswa tidak lagi menjadi ikon yang ditunggu masyarakat di luar utk menjuarai isu kemasyarakatan dan negara. Jika dibiarkan fenomena ini, taring mahasiswa akan pupus ditelan zaman. Tiadalah lagi syabab yang diharapkan utk mengemudi masyarakat pada masa akan datang. Jika Sukarno berfalsafah dgn kekuatan 10 orang pemuda dpt menggegarkan dunia, falsafah ini merupakan retorik semata-mata jika mahasiswa masih di buai mimpi. Berilah 1000 orang sekalipun, bukan saja dunia, bahkan daun takkan bergoyang.

Mengimbas kembali sejarah kebangkitan mahasiswa pada era 60’an dan 70’an seketika masa dahulu. Mahasiswa menjadi ikon masyarakat dimana mereka diletakkan sbg frontliner dlm menjuarai isu-isu rakyat. Kesedaran mahasiswa dan cakna terhadap isu yang berlaku merupakan titik tolak perbezaan mahasiswa dulu dan kini. Jika di era 60’an, muncul figure Hamid Tuah yang membawa isu tanah rakyat. Beliau telah memimpin rakyat untuk meneroka tanah hutan untuk dijadikan penempatan dan tanah pertanian tetapi kerajaan menyifatkannya tidak menepati undang-undang. Beliau merupakan lambing kegigihan bangsa tertindas di tanah air sendiri. 60’an juga memuatkan kisah dimana mahasiswa mengambil partisipasi dalam kempen pilihanraya umum 1969. Mahasiswa telah berkempen ke suluruh negara dengan menggunakan platform pelajar sehingga kekuatan parti pembakang agak menyerlah. Lahirnya hero mahasiswa seperti Syeh Hamid Ali dan Rustam Abdullah Sani dalam memimpin gerakan ini. Pada era 70’an pula, sejarah yang tidak mungkin lupus dari ingatan mahasiswa adalah peristiwa Baling 1974.Ia merupakan rekod paling cemerlang pernah dicapai oleh gerakan mahasiswa kerana dapat menyatukan seluruh jalur ideologi. Kejerihan hidup rakyat lantaran kenaikan harga barang dan kejatuhan harga getah merupakan faktor utama demonstrasi ini berlaku. Beberapa pimpinan mahasiswa telah ditahan ekoran peristiwa ini seperti Ibrahim Ali (Presiden Pelajar UITM) yang kini menjadi calon bebas Pasir Mas, Ahmad Kamal Selamat (Presiden PMUSM), Abdul Rahman Rukhaini (Presiden PMUKM) dan lain-lain.
Tiada lagi figure-figure besar mahasiswa kini yang terkehadapan dlm menjuarai isu-isu rakyat. Kebanyakannya berlegar menjuarai isu parking tak cukup, harga makanan mahal di kafe, padang bola tak rata dan sebagainya yang merupakan masalah-masalah picisan. Tiada lagi idealisme mahasiwa yang ditonjolkan, tiada lagi gagasan yang besar diangkat menjadi isu yang diperjuangkan. Dasawarsa ini, mahasiswa semakin ketandusan idealisme sehingga kehidupan kampus berlegar sekitar 5 K(kuliah,kafe,katil,kutub kana,kampung). Mahasiswa semakin pudar arah tuju dan matlamat utama di kampus. Menggenggam segulung ijazah semata-mata menjadi matlamat utama dan terakhir mahasiswa dewasa ini.

AUKU tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya dalam kehilangan idealisme mahasiswa. Ia merupakan salah satu faktor, tetapi bknlah faktor dominan yang mampu menggugat peribadi mahasiswa sepenuhnya. ‘Zon selesa’ yang dimiliki mahasiswa kini membentuk peribadi mahasiswa yang tidak ambil peduli bak kata Ustaz Harizal dalam seminar beliau ‘Student just don’t care’. Mahasiswa semakin selesa dgn kehidupan yang dilalui di kampus sehingga mengabaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling. Isu yang berlaku di dalam kampus tidak dihiraukan, apatah lagi isu agama, politik, ekonomi yang meliputi skop yang lebih luas.
Solusi terpenting dalam menangani isu ini perlu bermula dari kesedaran mahasiswa itu sendiri. Gerakan mahasiswa di kampus-kampus sewajarnya meningkatkan kesedaran ini kpd mahasiswa supaya mereka tidak lagi leka dibuai mimpi. Mahasiswa merupakan tunjang negara masa depan negara. Kampus sepatutnya dijadikan medan tarbiah dan platform persediaan menjadi pimpinan masyarakat pada masa depan. Kedua, thaqafah dan ilmu perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya idealisme mahasiswa dapat dimantapkan. Tanpa ilmu, perjuangan hanya sia-sia. Ketiga, intima’ dan menggabungkan diri dalam perjuangan dan gerakan mahasiswa supaya matlamat perjuangan lebih jelas. Kini gerakan mahasiswa semakin mendapat tempat di hati mahasiswa seperti GAMIS, PKPIM,PEMBINA dan lain-lain.

Kehangatan pilihanraya kampus semakin terasa bahangnya. Calon-calon sewajarnya menonjolkan idealisme mahasiswa yang lebih matang dan bukan hanya berkisar isu-isu di dalam kuliah masing-masing sahaja. Idealisme membuktikan mahasiswa matang dalam menghadapi isu, mehnah dan tribulasi yang berlaku di dalam kampus, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Bantahan E-Voting Semasa PRK




Debaran dan kehangatan bahang pilihanraya kampus(PRK) makin terasa.Maka berpusu-pusu lah aktivis mahasiswa pendokong gerakan islam menyahut seruan jihad ini. Namun, disebalik kehangatan PRK, isu e-voting kembali menjadi topik perbualan.Dewasa ini, sistem barat sendiri telah menolak pelaksanaan e-voting ini kerana telah terbukti tidak effective. Pelaksanaan pilihanraya umum(PRU) di Malaysia sendiri melaksanakan undi manual, maka tidak seharusnya e-voting dilaksanakan di peringkat institusi yang lebih rendah seperti di kampus.

Pelaksanaan e-voting kian menjadi isu yang dimainkan semasa fatrah PRK bermula. Mengapa aktivis mahasiswa menolak e-voting?Jawapan mudah kepada persoalan ini adalah kerana unsur 'confidential' pengundi tidak akan terjamin.Dengan mudah pihak pentadbiran dapat mengakses maklumat pengundi yang condong kepada calon2 tertentu.Sifirnya mudah,jika pengundi yang condong kepada calon yang bkn favourite pentadbiran,possibility ditekan oleh pentadbiran ada logiknya.

Dewasa ini, kem pro-mahasiswa makin mendapat tempat di hati mahasiswa dan menguasai kampus-kampus di Malaysia.Lantaran kem pro-aspirasi makin terdesak dan tenat dengan keadaan ini, tidak mustahil juga e-voting ini menjadi satu senjata rahsia buat kem pro-aspirasi dan pentadbiran yang condong kpd calon2 pro-aspirasi.




Pada 1 Januari yang lalu, lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM).Mahasiswa yang hadir disamping dari universiti berkenaan, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar.


Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).


Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.

Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.

Beliau juga didakwa “ditekan oleh pentadbiran”.

Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak APIUM.


Namun, Mohd Aizat Salleh, pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) menyatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Dr. Ghauth Jasmon “tidak mempunyai masalah dengan pelaksanaan forum”.Majlis semalam berlangsung dengan aman dibantu oleh beberapa pegawai keselamatan UM.

Majlis diakhiri dengan acara menurunkan tandatangan menyokong bantahan pelaksanaan E-Voting oleh para panelis.Diharapkan semoga PRK yang bakal berlangsung tidak lama lagi dapat dijalankan dgn harmoni di seluruh Malaysia tanpa campurtangan pentadbiran.
Walaupun UIAM Kuantan tidak menjadikan isu ini sebagai isu utama krn waqi' nya, mahasiswa sepatutnya perlu cakna dgn realiti yg berlaku di sekitar dewasa ini.



Tunaikan tanggungjawab sbg pengundi..choose the best leader..who shows the islamic leadership..
Membangunkan kualiti diri sebagai aset terbesar dalam kepimpinan..
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi