Mahasiswa semakin kehilangan taringnya



Frasa mahasiswa amat sinonim dgn susuk tubuk peribadi yang belajar di kampus-kampus pengajian. Namun, frasa ‘MAHA’siswa itu sendiri tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh mahasiswa yang merujuk kpd advance dari segi intelektual,pemikiran,sahsiah dan pendirian. Bahkan objektif dan hala tuju sebenar mahasiawa berada di kampus juga tidak jelas atau tidak mahu cuba untuk tahu oleh mahasiswa itu sendiri.
Pengalaman hampir 4 tahun di kampus sedikit sebanyak memberi clearview tentang permasalahan ini. Saban tahun, mahasiswa semakin berdiam diri, menjadi semakin lemah dan lesu, dan semakin kehilangan bisa dan taringnya. Mahasiswa tidak lagi menjadi ikon yang ditunggu masyarakat di luar utk menjuarai isu kemasyarakatan dan negara. Jika dibiarkan fenomena ini, taring mahasiswa akan pupus ditelan zaman. Tiadalah lagi syabab yang diharapkan utk mengemudi masyarakat pada masa akan datang. Jika Sukarno berfalsafah dgn kekuatan 10 orang pemuda dpt menggegarkan dunia, falsafah ini merupakan retorik semata-mata jika mahasiswa masih di buai mimpi. Berilah 1000 orang sekalipun, bukan saja dunia, bahkan daun takkan bergoyang.

Mengimbas kembali sejarah kebangkitan mahasiswa pada era 60’an dan 70’an seketika masa dahulu. Mahasiswa menjadi ikon masyarakat dimana mereka diletakkan sbg frontliner dlm menjuarai isu-isu rakyat. Kesedaran mahasiswa dan cakna terhadap isu yang berlaku merupakan titik tolak perbezaan mahasiswa dulu dan kini. Jika di era 60’an, muncul figure Hamid Tuah yang membawa isu tanah rakyat. Beliau telah memimpin rakyat untuk meneroka tanah hutan untuk dijadikan penempatan dan tanah pertanian tetapi kerajaan menyifatkannya tidak menepati undang-undang. Beliau merupakan lambing kegigihan bangsa tertindas di tanah air sendiri. 60’an juga memuatkan kisah dimana mahasiswa mengambil partisipasi dalam kempen pilihanraya umum 1969. Mahasiswa telah berkempen ke suluruh negara dengan menggunakan platform pelajar sehingga kekuatan parti pembakang agak menyerlah. Lahirnya hero mahasiswa seperti Syeh Hamid Ali dan Rustam Abdullah Sani dalam memimpin gerakan ini. Pada era 70’an pula, sejarah yang tidak mungkin lupus dari ingatan mahasiswa adalah peristiwa Baling 1974.Ia merupakan rekod paling cemerlang pernah dicapai oleh gerakan mahasiswa kerana dapat menyatukan seluruh jalur ideologi. Kejerihan hidup rakyat lantaran kenaikan harga barang dan kejatuhan harga getah merupakan faktor utama demonstrasi ini berlaku. Beberapa pimpinan mahasiswa telah ditahan ekoran peristiwa ini seperti Ibrahim Ali (Presiden Pelajar UITM) yang kini menjadi calon bebas Pasir Mas, Ahmad Kamal Selamat (Presiden PMUSM), Abdul Rahman Rukhaini (Presiden PMUKM) dan lain-lain.
Tiada lagi figure-figure besar mahasiswa kini yang terkehadapan dlm menjuarai isu-isu rakyat. Kebanyakannya berlegar menjuarai isu parking tak cukup, harga makanan mahal di kafe, padang bola tak rata dan sebagainya yang merupakan masalah-masalah picisan. Tiada lagi idealisme mahasiwa yang ditonjolkan, tiada lagi gagasan yang besar diangkat menjadi isu yang diperjuangkan. Dasawarsa ini, mahasiswa semakin ketandusan idealisme sehingga kehidupan kampus berlegar sekitar 5 K(kuliah,kafe,katil,kutub kana,kampung). Mahasiswa semakin pudar arah tuju dan matlamat utama di kampus. Menggenggam segulung ijazah semata-mata menjadi matlamat utama dan terakhir mahasiswa dewasa ini.

AUKU tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya dalam kehilangan idealisme mahasiswa. Ia merupakan salah satu faktor, tetapi bknlah faktor dominan yang mampu menggugat peribadi mahasiswa sepenuhnya. ‘Zon selesa’ yang dimiliki mahasiswa kini membentuk peribadi mahasiswa yang tidak ambil peduli bak kata Ustaz Harizal dalam seminar beliau ‘Student just don’t care’. Mahasiswa semakin selesa dgn kehidupan yang dilalui di kampus sehingga mengabaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling. Isu yang berlaku di dalam kampus tidak dihiraukan, apatah lagi isu agama, politik, ekonomi yang meliputi skop yang lebih luas.
Solusi terpenting dalam menangani isu ini perlu bermula dari kesedaran mahasiswa itu sendiri. Gerakan mahasiswa di kampus-kampus sewajarnya meningkatkan kesedaran ini kpd mahasiswa supaya mereka tidak lagi leka dibuai mimpi. Mahasiswa merupakan tunjang negara masa depan negara. Kampus sepatutnya dijadikan medan tarbiah dan platform persediaan menjadi pimpinan masyarakat pada masa depan. Kedua, thaqafah dan ilmu perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya idealisme mahasiswa dapat dimantapkan. Tanpa ilmu, perjuangan hanya sia-sia. Ketiga, intima’ dan menggabungkan diri dalam perjuangan dan gerakan mahasiswa supaya matlamat perjuangan lebih jelas. Kini gerakan mahasiswa semakin mendapat tempat di hati mahasiswa seperti GAMIS, PKPIM,PEMBINA dan lain-lain.

Kehangatan pilihanraya kampus semakin terasa bahangnya. Calon-calon sewajarnya menonjolkan idealisme mahasiswa yang lebih matang dan bukan hanya berkisar isu-isu di dalam kuliah masing-masing sahaja. Idealisme membuktikan mahasiswa matang dalam menghadapi isu, mehnah dan tribulasi yang berlaku di dalam kampus, masyarakat, negara dan antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi