Bantahan E-Voting Semasa PRK




Debaran dan kehangatan bahang pilihanraya kampus(PRK) makin terasa.Maka berpusu-pusu lah aktivis mahasiswa pendokong gerakan islam menyahut seruan jihad ini. Namun, disebalik kehangatan PRK, isu e-voting kembali menjadi topik perbualan.Dewasa ini, sistem barat sendiri telah menolak pelaksanaan e-voting ini kerana telah terbukti tidak effective. Pelaksanaan pilihanraya umum(PRU) di Malaysia sendiri melaksanakan undi manual, maka tidak seharusnya e-voting dilaksanakan di peringkat institusi yang lebih rendah seperti di kampus.

Pelaksanaan e-voting kian menjadi isu yang dimainkan semasa fatrah PRK bermula. Mengapa aktivis mahasiswa menolak e-voting?Jawapan mudah kepada persoalan ini adalah kerana unsur 'confidential' pengundi tidak akan terjamin.Dengan mudah pihak pentadbiran dapat mengakses maklumat pengundi yang condong kepada calon2 tertentu.Sifirnya mudah,jika pengundi yang condong kepada calon yang bkn favourite pentadbiran,possibility ditekan oleh pentadbiran ada logiknya.

Dewasa ini, kem pro-mahasiswa makin mendapat tempat di hati mahasiswa dan menguasai kampus-kampus di Malaysia.Lantaran kem pro-aspirasi makin terdesak dan tenat dengan keadaan ini, tidak mustahil juga e-voting ini menjadi satu senjata rahsia buat kem pro-aspirasi dan pentadbiran yang condong kpd calon2 pro-aspirasi.




Pada 1 Januari yang lalu, lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM).Mahasiswa yang hadir disamping dari universiti berkenaan, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar.


Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).


Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.

Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.

Beliau juga didakwa “ditekan oleh pentadbiran”.

Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak APIUM.


Namun, Mohd Aizat Salleh, pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) menyatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Dr. Ghauth Jasmon “tidak mempunyai masalah dengan pelaksanaan forum”.Majlis semalam berlangsung dengan aman dibantu oleh beberapa pegawai keselamatan UM.

Majlis diakhiri dengan acara menurunkan tandatangan menyokong bantahan pelaksanaan E-Voting oleh para panelis.Diharapkan semoga PRK yang bakal berlangsung tidak lama lagi dapat dijalankan dgn harmoni di seluruh Malaysia tanpa campurtangan pentadbiran.
Walaupun UIAM Kuantan tidak menjadikan isu ini sebagai isu utama krn waqi' nya, mahasiswa sepatutnya perlu cakna dgn realiti yg berlaku di sekitar dewasa ini.



Tunaikan tanggungjawab sbg pengundi..choose the best leader..who shows the islamic leadership..
Membangunkan kualiti diri sebagai aset terbesar dalam kepimpinan..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi