Bubar Dun Perak



31/1/10 lepas, dengan jayanya Pemuda Pas dapat mengumpulkan lebih 10,000 pemuda Pas di Larut dalam Hempap 2010. Dengan kekuatan jentera seramai ini, memudahkan lagi untuk menghempap UMNO dan Barisan Nasional.

Melalui persiapan awal, jentera diarahkan bergerak lebih awal dalam gerak kerja untuk persediaan pilihanraya selepas pembubaran Dun Perak. Dijangkakan pembubaran bakal dilakukan samada dari Nizar ataupun Zamri. Melihat senario di Perak kini, Zamri dan BN makin galak cuba menjuarai hati rakyat. Menambahkan lagi keyakinan bahawa Dun akan dibubarkan tak lama lagi.



9/2/10 tarikh keramat yang bakal menentukan MB sebenar Perak Darul Kartun. Keputusan kes ini dijangkakan bakal menjadi presedent kes(x tau la betoi ke dak spelling ni)iaitu menjadi rujukan kes utama jika berlaku sekali lagi kes seumpama ini di negara2 komanwel. Jika kes ini dimenangi Zamri, maka terbuktilah Sultan mempunyai kuasa mutlak melantik dan memecat MB sesuatu negeri (rentetan al-kisah Sultan meminta YB Nizar meletakkan jawatan dan melantik Zamri sebagai MB).Jadi kuasa rakyat dalam pilihanraya tidak lagi menjadi penentu siapa yang akan menjadi MB. Kalau dah begini, prinsip demokrasi berparlimen semakin dicabuli dan diliwati. Rakyat tiada lagi kuasa untuk menentukan pemimpin untuk memimpin negeri dan negara. Bukan saja Saiful Bukhari yang mengaku diliwat, jika demokrasi ada mulut sudah pasti ia menjerit..aku diliwat!!aku diliwat!! Tak tau lah apakah kesudahan demokrasi dan institusi kehakiman di Malaysia ni.


Dijangkakan juga, 4 dari 5 panel hakim yang bakal mengumumkan keputusan pada 9/2 ini menyebelahi YB Nizar sebagai MB sebenar. Jika benar2 keputusan menyebelahi Nizar, maka Nizar akan meminta perkenan Sultan untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya diadakan semula dan mengembalikan kuasa rakyat untuk memilih pimpinan mereka. Maka masa inilah untuk mengajar UMNO dan Barisan Nasional tentang kebiadaban mereka merampas kuasa dan menggunakan umpan rasuan dan seks bagi menarik 3 ekor katak Adun yang melompat parti. Bercerita kisah melompat2 seperti katak dan kodok ni, memang tiada kesalahan dari segi peraturan. Tapi melompat atas dasar rasuah dan seks, jelas mencabuli prinsip demokrasi. 3 ekor katak ni patut ditempangkan supaya tidalah mereka melompat lagi selama-lamanya. Maka guna tongkat jualah kesudahannya.



Sabagai umat islam,wajib kita berdoa dan berusaha dalam memperjuangkan keadilan terutamanya kepincangan institusi kehakiman yang dah berlaku saban tahun. Walaupun perlu hormat pada segala keputusan mahkamah, maka umat islam yang berfikir perlu sedar akan senario ini dan bukan menerima segala-galanya membuta tuli. Maka benarlah kata Nabil, ada mata korang tengok, ada telinga korang denga, ada otak korang pikirlah sendiri!! Dalam hadis juga ada menceritakan tentang kehakiman. Ada 3 jenis hakim, 2 akan masuk neraka dan 1 akan masuk syurga. 2 jenis itu adalah yang memutuskan keputusan yang salah disebabkan kejahilannya dan memutuskan keputusan disebabkan kezalimannya. Jua yang masuk syurga itu adalah hakim yang memutuskan keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan keadilannya menurut islam (saya budak baru belaja,kalau salah tolong betulkan).

p/s: Nape kes liwat anwar dihadapkan ke mahkamah sivil sedangka 3 pakar dah keluarkan statement Saiful Bukhari masih dara? Patutnya dibawa kes ke mahkamah syariah untuk bicara kes qazaf..sebab Saiful tuduh tanpa bawa 3 saksi. Adoyai..pe la nak jadi ngan kehakiman negara ni. Tetibe rase nak jadi hakim...woha!!
Mari berfikir!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi