Kalah 5-0



sedih,kecewa,segala perasaan bercampur baur bila diumumkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai kes MB Perak dimenangi Zambri. Walaupun kalah di mahkamah persekutuan, tapi Nizar masih menang di 'mahkamah rakyat' kerna mandat dah diberikan kepada Nizar pada tsunami pilihanraya lepas.

BN tidak boleh berada dalam keadaan selesa walaupun keputusan menyebelahi Zambri.BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi di dun Perak manakala tiga lagi diduduki oleh tiga wakil 'bebas' berkenaan.

Apa pun, keputusan mahkamah wajat dihormati.Walaupun keputusan telah diputuskan mahkamah,pelbagai bacaan politik boleh ditafsirkan dari pelbagai pihak kerana hakim juga adalah manusia biasa.

Mungkinkah selepas ini Sultan berkuasa penuh memilih dan memecat menteri?

Mungkinkah kuasa rakyat untuk memilih pimpinan melalui sistem pilihanraya akan dibatasi dengan kuasa sultan?

Adakah penggunaan rasuah dan seks bagi membolehkan ADUN melompat parti diterima dari segi agama dan ethic selepas ini? Of course, agama tak kan menerimanya dari dulu kini dan selamanya

Keputusan telah dibuat dan tiada lagi rayuan boleh di usulkan. Walau bagaimanapun, sebagai manusia yang mempunyai iman dan akal,wajar berfikir segala rentetan peristiwa yang berlaku di Perak dengan lebih ilmiah dan berteraskan agama. Isu di Perak bukan isu politik semata-semata, ia adalah isu yang menyentuh sensitiviti rakyat,agama dan undang-undang. Seperti kata Imam Khomenei, orang yang memisahkan politik dan agama adalah orang yang tak paham apa itu politik dan apa itu agama (lebih kurang la ayat beliau). Jadi adalah tidak waras jika tidak amik cakna atau malas amik tahu isu yang berlaku.

Apa pun, kes ini menjadi perhatian dunia. Ia akan terus menjadi rujukan kes utama jika kes seumpama ini berulang di Malaysia ataupun di negara-negara lain khususnya negara Komanwel. Salah pertimbangan melalui kes ini, maka percentage yang besar untuk kesilapan yang sama untuk keputusan akan datang. Jika tepat pertimbangan para hakim, maka sebaliknya berlaku.

Ayuh bangkit semula semangat menentang kezaliman!Jangan luntur dek provokosi!Jentera pilihanraya Pemuda Pas perlu bergerak dengan lebih cergas lepas ni..

p/s: Ada 3 jenis hakim, 2 akan masuk neraka dan 1 akan masuk syurga. 2 jenis itu adalah yang memutuskan keputusan yang salah disebabkan kejahilannya dan memutuskan keputusan disebabkan kezalimannya. Jua yang masuk syurga itu adalah hakim yang memutuskan keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan keadilannya menurut islam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi