Kritik sampai penat



Adoyai..nexwik dah nak kena submit assignment.tapi sebijik idea pun tak ada lagi.nature assignment mengkritik article yang berkaitan diabetic foot.kritik lah ape pun selagi namenye kritik.

sebut pasal kritik ni, sedih lak bila memikirkan certain people yang tak pandai mengkritik. suka mengkritik, tapi tak kena tempat, tak kena cara. mungkin berasa diri dah hebat kot, then kritikan terus kua tanpa menggunakan akal yang waras.semua perkara nak dikritik tanpa berpandukan references dan knowledge secukupnya.woha!

baru-baru ni, kecoh jap dalam media bila certain pimpinan Pas menkritik pimpinan yang lain secara terbuka. tak salah mengkritik, tapi biar kena cara. method berlainan kalau waqi' nye berbeza. isu yang timbul baru-baru ni, mungkin boleh menyebabkan batang tubuh sendiri tercalar. mengapa perlu ditambah kemelut yang sedia ada?? Seperti yang berlaku di Selangor dan Kelantan baru-baru ni. Tapi kalau nak diikutkan media je yang lebih-lebih panaskan isu tu untuk kepentingan certain 'group'.

Pendekatan media baru bukan cara terbaik kot. Seperti membuka pedung di dada.Gunakan pendekatan berkonfrontasi jika berselisih faham. Lumrah jika berselisih pendapat, kerna itulah rahmat dari Allah jika dalam harakah islamiah. Ataupun minta pimpinan yang lebih dihormati tegur kesilapan mereka.

Kritikan amat digalakkan dalam membentuk tetapi jangan sampai menggugat kredibiliti dan integriti seseorang.Pelbagai konflik dalaman ini akhirnya menyebabkan kritikan-kritikan yang dilontarkan ke sana sini akhirnya kembali kepada dirinya. Memang, sungguh malang. Ada pun orang yang dikritik, maka kritikan itu sebenarnya menjadi daya penguat untuk terus ke hadapan, jauh meninggalkan si-pengkritik di belakang.



Ayuh! Kita berusaha demi kebaikan agama dan manusia. Jangan terhalang kerana kritikan, sebaliknya jadikanlah kritikan itu sebagai sumber kekuatan.

p/s: Perlu tajamkan lagi kefahaman 10 rukun baiah yang digariskan Imam Hasan Al-Banna-> baru lebih konsisten dan disiplin dalam perjuangan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi