Merdeka



MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

-------(silent mode)----------------(silent mode)----------------------(silent mode)

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

Exam Hall,Kulliyyah of Medicine 8.50pg, 25 Mac 2010, kian hati semakin berdebar-debar.langkahku perlahan menuju ke medan peperangan terakhir. Akan kumuntahkan segalanya pada hari ini.

9.00pg,jari-jemariku semakin ligat menari menconteng kertas exam.semakin ligat semakin hebat semakin bersemangat.dalam kepala otak sudah terbayang diriku yang bakal bergelar graduan sambil menggenggam segulung ijazah (berangan 5 minit)

1030pg, kertasku diambil.jiwaku semakin membesar,perasaanku melonjak hingga tak terkata.MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Segalanya-galanya telah berakhir, perjuangan 6 tahun belajar akhirnya tamat pada hari ini.YaBbedaBedu!!Selepas ini langkahan aku mula mencerminkan perjalanan yang baru.perjalanan seorang yang bekerjaya:)Banyak kenangan manis dan pahit semasa berjuang didalam kampus.segalanya akan ku telan dan hadam untuk panduan mendatang.

Thank You God..Thank You UIAM;)

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

p/s:sebenarnya proses blaja tak akan tamat sampai bila2.learning process is still go on until we die.pasni dah boleh planning nak keje mane,kawin bila,dapat anak bila..oOoppss!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi