Pemergianmu sebagai syahid



Menyingkap kembali sejarah yang terpahat dalam sejarah perjuangan Islam di Palestin,hari ini merupakan tarikh keramat yang tak mungkin akan dilupakan dalam perjuangan Islam rentetan pemergian seorang tokoh dalam mengembalikan hak Palestin dan menentang kemungkaran Zionis amnya.

Maka hari ini 22 Mac 2010, genap 6 tahun Assyahid Syeikh Ahmad Yassin meninggalkan dunia sebagai syahid dan gelaran bapa intifadah Palestin. Jika direnung kembali, Ahmad Yassin merupakan tokoh yang berjaya mewujudkan 2 kali gelombang intifadah di Palestin sepanjang hayat beliau sekaligus diletakkan musuh utama yang digeruni rejim Zionis. Untuk menggambarkan begitu pengecutnya Zionis, mereka menghantar 3 helikopter untuk membedil beliau ketika perjalanan pulang kembalinya dari solat subuh di masjid. Salah satu helicopter Apache telah membedil tepat ke arah beliau menggunakan peluru berpandu sehingga mengakibatkan tubuhnya hancur. Rentetan peristiwa ini menamatkan kisah hidup beliau pada tanggal 22 Mac 2004..6 tahun yang lalu.

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama Al-Jora, daerah Majdal di dalam Wilayah Asqalan pada tahun 1938. Beliau dibesarkan di sana sehinnga tahun 1948. Ketika Yahudi menceroboh masuk Palestin, beliau dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Pada usia remajanya, beliau telah lumpuh di bahagian kaki ketika bersukan. Namun itu tidak memutuskan semangatnya dalam kehidupan. Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Syams di Kaherah. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat meneruskan pengajiannya lantaran dipenjara pihak bekuasa Mesir atas alasan keterlibatan dengan Jamaah Ikhwanul Muslimin.

Sekembalinya di Gaza, belaiu menjadi semakin popular dengan khutbah-khutbah yang meningkatkan aura untuk berjuang. Selepas itu, belai dan beberapa orang sahabat telah menubuhkan senuah gerakan jihad Al-Mujahidun Al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai wasilah jihad dalam perjuangan mereka. Pada tahun 1987 pula, beliau telah menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) setelah melihat kebaculan negara-negara Arab melepaskan tangan dalam memerdekakan Palestin dan Masjidil Aqsa. Hamas telah memulakan corak baru penentangan iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan tentera Zionis. Kewujudan HAMAS akhirnya melahirkan intifadah di sana iaitu penentangan yang mempunyai impak besar terhadap rejim Zionis. HAMAS berjaya menggerunkan tentera dan pimpinan Zionis terutamanya Sharon, lalu meletakkannya sebagai musuh utama yang perlu dihapuskan.



Walaupun beliau telah pergi, tetapi semangat jihad sentiasa mengalir dalam darah pejuang-pejuang agama di seluruh dunia untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis. Melihat kondisi kecaknaan umat Islam dalam isu ini, ramai yang leka dan tidak ambil pusing dalam isu umat ini seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sepatutnya umat islam perlu ambil tahu bahawa isu Palestin merupakan isu umat islam yang perlu ditangani bersama dan bukan isu orang Arab semata-mata. Menjadi satu kewajiban setiap orang islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari jajahan Zionis Yahudi kerana ia milik setiap umat islam dan merupakan antara masjid suci umat islam.

3 comments:

MiSyA GaDiS TeRbiLanG said...

Nice artikel. Btol tu

Sdgkan ngre Arab laen xpduli ngn Palestin* Mate dorg dikaburkan dengan duit jer. Tgk la kat Dubai tu. Sakitnye hati

Negare-negare Arab yg len cume pntingkan hrte dunie bkn sedare sendri. Nauzubillah

fitri oh fitri said...

tersgt tepat dan benar, apa nak jadi. kata saudara islam?!





http://fitridzulkifli.blogspot.com

pSp said...

Ulama pewaris Nabi,menyayangi ulama sama mcm kita menyayangi Nabi...semoga Allah S.W.T memberkati Roh dan Perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin..Al-Fatihah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi