Tips tambah berat!!



ketika entry ni ditulis,tangan ni sentiasa mengusap-usap perut yang makin ke depan.mungkinkah ini tanda-tanda kehadiran seorang baby di dalam? Aku bakal bergelar ayah? huhu syahdunya.jauh sekali aku disumpah menjadi seekor toyol(characteristic: muka hijau yang comel dan perut bulat ke depan. Tapi ini adalah retorik dan dusta semata-mata..tiada baby mahupun kewujudan toyol.inilah tanda 'kekayaan' seorang lelaki..proses kebuncitan ssudah bermula! dalam masa sebulan setengah, 8kilo naik deh.penantian selama 24 tahun hidup kat atas muka bumi ni akhirnya berat mencapai BMI normal.Diulang sekali lagi..NORMAL!!..woha!

Dua tiga menjak ni berat naik sekilo seminggu.1 kilo= 1 week. 20 kilo= 20 week. 30 kilo= 30 week. Usaha keras makan macam lembu akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan.orang kata aku semakin tembam.TEMBAM??



Mungkinkah tembam tanda-tanda menuju ke arah hyper tembam --> GOMOK.huhu.Aku ingin berat badan yang ideal tak mau gomok..owh~.Tapi perut yang semakin menampakkan dirinya seperti menafikan segala impian ku selama ini..(mungkin 3 4 bulan lagi kalau berat non stop naik).Ape pun,hati makin gumbira sebab berat dah normal;). Diari berat yang di letakkan dalam planner..


1/1/2010: 49kg
10/2/2010: 54kg
3/3/2010: 56kg
6/3/2010: 57kg
22/2/2010: 59kg

Kerana hati ini semakin gumbira..dengan senang hati aku nak share tips tambah berat..Ulang suara..TIPS TAMBAH BERAT.

Tips
1. Faham--> faham dulu camne proses metabolism ngan body system dalam badan anda. lain metabolism lain diet nye.faham dulu camne cara nak naik berat; baca buku, website etc. Imam Hasan Al Banna pun meletakkan faham sebagai konsep pertama dalam rukun baiah.Begitulah pentingnya faham adanya.

2. Eat small but frequent--> untuk yang high metabolism,di suggestkan makan sikit tapi kerap. kalau zaman cekeding dulu, makan 3 kali sehari je; pagi + tengahari + malam. Tapi itu pun ada skip. Sekarang at least makan 6 x sehari. Snacks between meals time;)

3. Build up muscle--> check up routine yang available kat website yang related workout. Kalau yang baru nak berjinak-jinak ngan gym, better try routine yang simple dulu or focus kat satu dua part je dulu; chest, bicep,tricep etc. Bila focus kat certain part je dulu, cepat sikit muscle build up. Pastu boleh increase motivation bila dapat result yang memuaskan ;)Pastu boleh dah focus kat part lain.

4. Amik supplement Bco+ Vit C --> antara function Bcomplex adalah support ngan increase metabolism dalam badan. Bila high metabolism, cepat je lapa. Bila lapa, appetite pun increase. Tu pasal appetite menjadi-jadi bila amik Bco, makan lebih 6x sehari pun boleh.

5. Amik whey protein--> sesuai untuk sape-sape yang active p gym. muscle cepat je build up;)

6. Sleep management--> lepas makan terus tido! amalkan selalu pastu perut anda akan membesar lantaran kebuncitan melampau.

7. Rehat secukupnya--> tak payah p exercise;jogging, aerobic etc. Amalkan sedentary lifestyle; tido + makan + layan tenet + facebooking + ngumpat + tido lagi

(Pesana Penaja: tips 6 & 7 tiada recommendation oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), segala kesan sampingan adalah dibawah tanggung jawab anda dan keluarga anda. Sekian terima kasih)



p/s: 1. segala luahan hati dan tips di atas adalah berpandukan dalil aqli pnulis semata-mata. Sila berfikir secara kritis dan kreatif sebelum mengaplikasikannya. Dilarang menggunakan siku ataupun kepala lutut untuk menganalisa entry ini.

2. Segala pergantungan adalah kepada Allah jua. Jadi yang penting berdoa adalah senjata utama orang mukmin kalau nak naik berat. Doa, usaha dan tawakal.Ya Allah, jika beratku bertambah adalah yang terbaik untuk mempermudahkan gerak kerja islam, jadi bantulah daku untuk naik berat bagi yang terbaik untuk kesihatanku. Jika beratku tidak bertambah atau kekal adalah yang terbaik, maka aku redha.

9 comments:

my name is... said...

mm..menarek..i mmg nk tmbh kan berat badan sikit

hanis said...

SalaAm..

Haha.. Takmo buncit. Naik berat takpe la.. Ni pun baru je masuk ideal..

Cik Puan Drunbella said...

nice info.
boleh cuba neh.
misi menaikkan berat dr 38kg ke 55kg.
yeahh.
>___<

As Ahmad said...

hehe.. kalo pompuan cam alang ni, kene gak ke bina muscle? erk! >.<

pdot said...

erm xtau la alang.try dulu la workout.tp yang penting eat small but frequent.tp klu workout,memule berat mesti turun.motivation mesti down punye.then klu maintain workout+maintain diet,2 3 minggu pastu insyaAllah berat naik je:0

Nesa said...

ohhh..sy pon da naek 3 kilo...Malaysia ni kaye dgn makanan..hehe

BIZZNURSE said...

Salam,
Yerlah hati tgh bahagia.. tu blum ade rumah ngn tangga lg. Dah ader nanti lagi BAHAGIAAA... sure tembam lagi 10kali.Kaklin takleh ikut tips ni... haha.. dah oberwek..

http://bizznurse.blogspot.com

ana muslim said...

aku xleh rrr..berat aku dh ok kot...aku nk tggi..ade tips??

cakcibor di awangan said...

thanx bro 4 your tips..tp yg bab mkn kerap 2 susah sket r nk apply.ak dok asrama mkn pn sndri. so faham2 la law nk mkn 6 kali sehari 2.hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi