Fenomena Kopi



Kurang 2 minggu lagi pilihanraya kecil (PRK) bakal menggamatkan Malaysia. Fenomena yang biasa berlaku semasa prk akan berlaku semula dalam tempoh 2 minggu ni. Amat luar biasalah kalau ia tidak berlaku, umpama dah jadi asam garam tak pun ibarat irama dan lagu. Senang cakap susah sangat nak dipisahkanla terutamanya dari parti yang berideologikan kebangsaan, sebab maybe tiada basic yang kukuh ataupun hala tuju yang terlalu nasionalis sehingga mengenepikan halal haram. Sejarah telah membuktikan!

Fenomena apa ni????

Ia bukanlah fenomena el-nino ataupun la-nina,jelas sekali ia adalah fenomena duit kopi ataupun politik wang. Bila disebut politik wang ataupun duit kopi,mungkin ramai yang keliru halal haramnya. Tapi istilah politik wang ni hanyalah istilah yang dicipta oleh BN suatu ketika dulu apabila ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah. Bila disebut politik wang, tiadalah nampak sangat akan rasuahnya. Apapun ia tetap rasuah!

Politik wang = RASUAH



Mulalah berpusu-pusu yang menghulurkan bantuan. Sebelum ni jika batang hidung pun tak nampak,maka semasa fatrah pilihanraya ini boleh kata 25 jam boleh nampak calonnya. Jika di kampung,kain pelekat seorang sudah cukup untuk dijadikan habuan bagi satu undi. Maka di Hulu Selangor mungkin lebih mewah dari itu kerna kawasan yang maju.Apalah sangat dengan kain pelekat. Tapi yang pasti,pengundi di Hulu Selangor mampu membuat penilaian sendiri, tidak mungkin termakan dengan agenda ala-ala thagut ini..hopefully!

Dalam al-quran banyak terdapat ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang rasuah.Berdasarkan firman Allah s.w.t :

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan (memberi rasuah) kepada hukum-hukum, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)"
-Al Baqarah, 188-

Sabda rasulullah s.a.w :"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk kedalam neraka"
-Riwayat At Tabrani-


Semoga prk kali ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku perkara yang tak diredhai Allah ni. Tunaikan tanggungjawab anda!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi