P94 Hulu Selangor



25/4/2010 ini sekali lagi dua gergasi parti politik akan berentap di lapangan pilihanraya kecil. Jangkaan satu lawan satu antara calon Keadilan dari Pakatan Rakyat (PR) dan calon dari Barisan Nasional (BN) yang akan diputuskan Najib kelak. Pertembungan ini bakal menyaksikan respon rakyat kepada pemerintahan PR hanpir lebih setahun di Selangor setelah jatuh ke tangan PR pada pilihanraya umum 12 pada 2008 dulu.

Pilihanraya ini bakal dilakukan lantaran kerusi Parlimen Hulu Selangor P94 yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada Parti Keadilan Rakyat kerana sakit barah. Dilaporkan kini Najib semakin tertekan kerana terpaksa berdepan sekali lagi dengan PRK. Keputusan dari PRK ini juga bakal menunjukkan respon rakyat kepada penerimaan dan penolakan Najib sebagai PM dengan slogan 1Malaysianya.

Jika mengikut bacaan politik yang tidak sebarapa ini, PRK kali ini bakal menyaksikan pertembungan sengit kerana P94 Hulu Selangor merangkumi 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) dimana 3 DUN tersebut dimenangi BN (N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Bharu dan N07 Batang Kali),manakala di peringkat Parlimen dimenangi oleh PR. Seperti biasa Najib juga mungkin akan menggunakan jentera Pusatnya dari pelbagai sudut agensi kerajaan untuk turun merampas kerusi parlimen tersebut. PR juga setakat ini mempunyai kekuatan jentera dari agensi di bawah kerajaan negerinya. Jika PR juga menggunakan khidmat ini,maka dijangka kekuatan jentera mungkin agak seimbang.

Pengundi Melayu terdiri 34,020 orang atau 52.7 manakala kaum Cina dan India, masing-masing mempunyai 16,964 pengundi atau 26.3 peratus dan 12,453 pengundi atau 19.3 peratus. Jika mengikut selera pengundi sebelum ini, maka faktor kemelayuan mungkin diketengahkan dari aspek pemilihan calon lantaran P94 didominasi pengundi Melayu.Anasir fitnah memfitnah dan politik kotor juga mungkin akan ditolak oleh pengundi di sini kerana diketahui ramai Selangor merupakan negeri maju yang diduduki oleh kebanyakan yang boleh membaca sendiri bacaan politik.

Apapun diharapkan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan berilah sumbangan khidmat,sebaran maklumat, tenaga dan wang ringgit kepada perjuangan yang benar-benar ingin merubah landskap politik negara ke arah yang lebih baik. Semoga sumbangan ini dijadikan sebahagian ibadah dan tawasul kita kepada Rabbul Izzati.

Jom pakat turun ke P94!!! Kita wat team GB untuk kempen!!

p/s: 1. Pagi tadi seorang lagi anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia kerana barah. Calon-calon PRU 12 yang lalu sekarang berdepan dengan fenomena kubur kata mari. Setiap 3 bulan ada sahaja kes kematian ahli parlimen ataupun DUN. Fatrah kali ini meyaksikan kematian paling ramai YB sepanjang PRU berlangsung di Malaysia. Mungkin ramai YB naik darah tinggi bila berdepan dengan kancah politik yang tidak stabil di Malaysia.

2. Hirasah addunnia wa siasah addunnia bih(politik adalah penjaga dunia dan mentadbir dunia dengannya). Semoga politik Malaysia ke arah landasan yang lebih baik berpandukan alquran dan sunnah.Nabi contoh politician terbaik!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi