Wanita hamil mati dipijak

Wanita hamil mati dipijak

KUALA LUMPUR 17 April - Entah dimana hilangnya sifat kemanusiaan, seorang wanita mengandung 12 minggu ditemui mati dengan dipercayai dipijak perutnya berkali-kali oleh pembunuhnya sehingga janin terkeluar.

Keadaan mayat yang amat menyayat hati itu ditemui di kawasan semak oleh seorang awam ketika menunggang basikal di kawasan cerun Tasik Perdana di sini pada pukul 6.20 petang kelmarin.

Lebih kejam, siasatan polis turut menemui jerutan di leher mangsa menggunakan sapu tangan yang dibelit kemas dengan sebatang kayu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika ditemui hari ini berkata, mangsa yang dipercayai berketurunan India berusia 35 hingga 40 tahun.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat yang telah berulat, reput dan berbau, polis yakin mangsa telah dibunuh lebih dari lima hari sebelum ditemui.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang laporan diterima polis berhubung kehilangan mana-mana individu.

''Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebuah topi keledar, seutas jam tangan jenama Omega dipercayai milik mangsa, beberapa butiran manik di badannya dan sapu tangan, digunakan untuk menjerut leher mangsa.

''Kami yakin mangsa telah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan cerun itu," katanya selepas majlis menderma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sempena Hari Polis Ke-203 di pusat beli-belah Times Square di sini hari ini.

Ditanya sama ada mangsa dibunuh oleh individu yang dikenali kerana tiada sebarang laporan mengenai kehilangan diterima polis, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

''Kami perlu mengenal pasti identiti mangsa terlebih dahulu bagi membolehkan siasatan terperinci," katanya

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang kehilangan keluarga terdekat atau waris supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan proses pengecaman mayat dijalankan.

Menurutnya, mangsa memiliki ketinggian 170 sentimeter, berambut panjang dan kerinting di bahagian bawah dan semasa ditemui memakai seluar panjang manakala bajunya reput.

Berdasarkan laporan bedah siasat, Muhammad Sabtu berkata, mangsa mati disebabkan lemas akibat dijerut.

Saban hari kes jenayah semakin meningkat di Malaysia. Kalau bukan kes buang anak, timbul kes dera. Tenggelam kes dera, timbul kes bunuh. Semakin hari kewarasan manusia semakin hilang. Akhlak semakin terhakis dek kurangnya acuan agama. Kadang2 kes yang timbul tak terjangkau @ tak terfikir pun dalam pemikiran waras manusia. Refer kes yang terbaru, mustahil manusia yang dikurniakan akal dan masih waras sanggup bertindak mengalahkan perangai haiwan. Sesuailah dikategorikan macam 'haiwannatiq' (haiwan yang berkata2).

Salah siapa??

Pembunuh?

Orang yang kena bunuh?

Mak bapak?

Pemerintah?

Author blog ni? (tibe-tibe je~~)

Bak kata Us Hasrizal, semua permasalahan ni just presenting problem. Kite kena cari the root problem tu. Masalah utama semua kes2 ni adalah sebab kurangnye penghayatan agama, tolak agama, pisahkan agama dari kehidupan.

Pemerintahan tolak agama, syariat ditolak. Maka Allah turunkan huru hara di muka bumi ni bila syariat yang Allah wajibkan tidak dilaksanakan. Bak kata Us Zuridan lak, dalam maqasid syariat terkandung dalamnya kategori dhururiyat (keperluan utama). Nyawa adalah item dalam dhururiyat ni. Allah secara azali dah cipta satu sistem bagaimana nak halang semua jenayah ni berlaku dan hukuman pelaksanaannya bagaimana. Tujuannya adalah untuk harmonikan kehidupan manusia di muka bumi ni. Tapi bila pemerintahan pun menolak syariat, Barat punye acuan jugak menjadi pilihan utama, maka Allah turunkan ketidakharmonian dalam hidup manusia ni.

Jika pemerintah negara mengikut panduan syariat, nescaya semua kementerian ada unsur keislaman dalamnya. Tapi masalahnya..amat sedikit. Tengok saje rancangan, filem yang semakin memualkan penonton sekarang ni. Yang dihidangkan cerita bunuh, rempit, rogol. Filem2 yang tak mematangkan penonton. Menghakis nilai murni/akhlak manusia. Bila setiap hari dihidangkan dengan menu sebegini, siapa sahaja mungkin terpengaruh. Siapa yang patut dipersalahkan?? Mungkinkah author ini yang mengawal siaran televisyen dan kementerian yang berkaitan.

Banyak lagi kalau nak diceritakan. Cukuplah kritikan membina buat kerajaan,takut kalau kritik tahap impak maksima..ke ISA pula lepas ni. Apapun lontaran pandangan ni hanyalah semata2 kerana cintakan tanahair Malaysia ni. Nabi Muhammad pun setelah berhijrah ke Madinah, still sayangkan dan rindukan tanahairnya di Mekah. Maka kesimpulannya cintakan tanahair adalah satu sunnah!

Buatlah apa yang termampu untuk buktikan cinta kita pada Malaysia!


1Malaysia! 1Israel!-----------~~(tema 1Malaysia ni ikut sape ek????)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi