Zina dan anak haram



“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An- Nur ayat 2)

kalaulah syariat Allah dilaksanakan kat muka bumi ni terutamanya di Malaysia,insyaAllah akan timbul rasa izzah dan gerun dengan hukuman Allah.Nescaya tiada yang berani dekat mahupun berbuat perbuatan tersebut. Segala yang ditetapkanpasti ada hikmahnya.Hukuman manusia yang dicipta manusia sentiasa ada cacat celanya.justeru tiada yang berasa kecut perut bila dijatuhkan hukuman. maka berlambaklah anak-anak haram dari hubungan terlarang.seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Pada 18 Jun 2002 yang lalu,PM membuka gelanggang persidangan UMNO ke-56 dan memberi taklimat kepada 2033 perwakilandengan terus mengherdik Pas. Draf Enakmen Rang Undang-undangJenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang dicadang untuk dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal bulan Julai 2002 yang lalu diserang sebagai TIDAK ADIL. TIDAK ADIL??? Mempertikaikan syariat Allah sebagai tidak adil???

tapi sekatannya bermula dari Parlimen.segala perkara dasar perlu diputuskan dalam Parlimen.Perlu laksanakan syariat Allah?maka perlu diputuskan dalam Parlimen. Jika majoriti yang bersidang menolak syariat Allah,bagaimanakah impian ini bakal dilaksanakan. Wajib melaksanakan syariat Allah.berdasarkan kaedah fiqh.."la yatimmul wajib illa bihi fahua wajib"..wajib melaksanakan sesuatu bagi melakukan perkara wajib yg lain (lebih kurang beginilah).diumpamakan sebagai solat itu wajib,maka wudu' itu adalah wajib bagi menyempurnakan solat tadi. Pelaksanaan syariat Allah adalah wajib,maka menguasai Parlimen adalah wajib bagi memutuskan dasar,maka menyertai pilihanraya adalah wajib bagi megisi kerusi di Parlimen,maka wajib juga sebagai umat islam untuk mengundi calon untuk menaikkan dasar ini di Parlimen, maka daftar sebagai pengundi adalah wajib untuk melayakkan diri sebagai mengundi calon berkenaan.Jadi kewajiban umat islam untuk mendaftar dan mengundi jemaah islam yang memasuki kancah politik sebagai wasilah dakwah.

~Islam For All~

2 comments:

Nurul Harun said...

hmmm.. pernah dgr, setiap 1 minit, 7 org anak haram yg dilahirkan..hmmmm..

nizaa said...

zina merosak agama dan bangsa...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi