Ceramah Badar Al Kubra

Pada malam semalam, berkesempatan hadir ke Ceramah Badar AlKubra di Parit. Amtara penceramahnya Ust Abu Bakar (PJ PAS Perak), Dato' Nizar (AJK PAS Pusat) dan Tuan Guru Hadi (Presiden PAS).

Taujihat dari Tuan Guru Hadi benar2 terkesan bagi sape2 yg mendengar semalam.Kalau org umno tak terkesan gak,alamat keras sungguh la hati diorang tu.

Tuan Guru menceritakan kisah Peperangan Badar yg berlaku didlm sirah. Pertembungan dua kumpulan arab, satu yg mahu menegakkan islam dan satu lagi mahu mempertahankan 'poket'. Walaupun keduanya bangsa arab, tapi disebabkan dasar perjuangan yg berbeza, keadilan tidak dapat ditegakkan. Walaupun ditawarkan oleh kafir Quraish utk bersatu dan ditawarkan pelbagai jawatan kpd Nabi Muhammad, tapi nabi menolak dlm isu perpaduan ini sekiranya kafir Quraish tidak mahu meninggalkan amalan2 jahiliyyah mereka.

Sebelum peperangan, Abu Jahal berdoa supaya kumpulan islam Nabi Muhammad dikalahkan krn kononnya kumpulan yg memecahkan bangsa arab dan menolak perpaduan. Nabi Muhammad juga berdoa utk kelangsungan dakwah dan islam. Dan akhirnya kumpulan islam dimenangkan oleh Allah walaupun tentera islam hanya 313 orang jika dibandingkan dengan tentera kafir yang dlm 1000ribu org dan penuh dengan kelengkapan.

Setiap perjalanan kehidupan ini perlu melihat kembali sejarah dan sirah. Barulah ia dijadikan iktibar dan rujukan. Peperangan Badar kini kembali dalam konteks Malaysia. Pertembungan 2 kumpulan bangsa Melayu. Satu yg perjuangkan kebangsaan dan yg perjuangkan agama.

Sejarah akan berulang!
Bukalah mata wahai UMNO yg mendaulatkan bangsa semata2!

UMNO pembunuh ulama!

video

mengimbas kembali sejarah episod kekejaman UMNO terhadap para ulama.
inilah parti kebangsaan yang dijulang2 orang yang mengaku beragama islam,
tapi menyokong dan mendokong perjuangan yang telah membunuh agama,membunuh ulama.
sedarlah umat islam yg masih lena..
setiap tindak tanduk akan dipersoalkan Allah..
menyokong UMNO bererti merelakan pembunuhan ulama oleh UMNO..
sama2 terlibat..nauzubillah..
isu memali..isu pembunuhan yg x mungkin dilupakan!

Kenapa WAJIB tolak UMNO dan BN?

PERINGATAN PARA PENGUNDI PRU 13 DI SELURUH NEGARA

Jangan Undi Calon BN, KERANA


1) BN mengekalkan kemungkaran menentang hukum Allah (1946)


2) BN dan parti komponen mengamalkan rasuah (1946)


3) BN parti perkauman sempit (1955) Melayu(UMNO) Cina(MCA) India (MIC)


4) BN haramkan tulisan jawi (1968), kini ramai tak boleh baca Quran, zalim


5) BN dengan skandal BMF (1984) - rugi jutaan ringgit. Jalil Ibrahim mati di Hong Kong. Umno-BN tutup kes


6) BN - Mahathir (2002) bayar kepada pelobi Yahudi RM4,4 juta


7) BN - Potong Bantuan SAR 2003- Tak dapat


8) BN bagi SKJC Rasa, Hulu S'gor RM 3 juta (2010)


9) BN zalim terhadap rakyat Perak dengan rampasan kuasa (2009)


10) BN zalim kepada rakyat Kelantan dgn tidak memberi royalti minyak (2010)


11) BN ambil APCO (Yahudi) jadi penasihat kerajaan (2008) dan 2009 BN ambil wang rakyat bayar RM77 juta. BN sambung kontrak 2010 dengan bayaran yang sama.


12) BN beri projek Tmn Tek Tinggi pada Asiasoft (Yahudi) RM998 juta (2009)


13) BN jual harta negara RM330 billion. Rakyat kerugian (2010) kezaliman kerajaanUMNO-BN dengan Kelantan, Allah bocor satu maklumat penting


14) BN guna wang rakyat RM4 billion (KWSP) pinjaman kepada Sime Darby-Syarikat GLC. Sime Darby kerugian RM1 billion (2010)


15) BN tolak hukum Hudud, bilangan anak luar nikah dijangka pada 2029 - 1 juta, selamatkan generasi akan datang dengan tolak BN


16) BN lulus lesen judi (2010) Seluruh negeri PR haramkan judi bolasepak


17) BN - Barang Naik. PM Najib naikkan harga petrol, gula dan gas (Julai 2010). Hancurkan UMNO-BN cekik darah wang daripada rakyat kemudian PM kata ekonomi akan baik. Inilah kerja jahat UMNO-BN


18) BN - Barang Naik. Macamana tak naik? Subsidi IPP untuk kroni RM8 billionUMNO-BN tak kurangkan tapi nak tampung subsidi makanan rakyat setahun RM3.4 billion. UMNO-BN terus naikkan harga dan kata jika teruskan subsidi makan,maka negara bankrap


19) BN - Beri 1,012 hektar tanah kepada Sekolah Cina SUWA (Jul, 2010). Pakatan Rakyat beri UMNO kata DAP menunggang PAS. Sekarang UMNO bagi maka UMNOditunggang MCA

20) BN (2010) ambil wang RM50,000 bayar pada akhbar di US untuk buat liputan pada najib. Hancur UMNO
21) UMNO-BN melalui Khazanah Nasional (2010) guna wang rakyat RM10 billion menguasai syarikat PARKWAY. Penguasaan ini menguntungkan 2 orang sebanyak 116 juta. Sedangkan wang rakyat ini boleh melahirkan 10 billionare atau 3,000 peluang pekerjaan di kilang. Inilah cara UMNO-BN melakukan pembaziran wang rakyat

22) UMNO-BN (2010) terus menerima bebanan projek Bakun. UMNO-BN menerima kelewatan yang menyebabkan UMNO-BN akan menyumbat wang KWSP & KWAP kepada korporat dan kroni UMNO-BN. Rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang. Untuk kroni dan korporat UMNO-BN wang rakyat terus digunakan.

TOLAK BN, JANGAN BERI UNDI PADA CALON BN. WAHAI ORANG MELAYU, KITA MESTI BERANI BERUBAH KEPADA YANG TERBAIK UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH. ORANG CINA PUN SUDAH BERUBAH.

UNDI CALON BN BERMAKNA MENGEKALKAN UMNO DALAM KEZALIMAN DENGAN DASAR-DASAR MENENTANG KEMANUSIAAN SEPERTI ISA, OSA, KRONI, RASUAH

APA HUKUM RAMPASAN KUASA DI PERAK? HARUSANI KENA JAWAB. KALAU TAK BOLEH JAWAB, BERWIBAWAKAH HARUSANI MENJADI ORANG TENGAH PERPADUAN UMNO/PAS?

MELAYU-MELAYU : TAKRIF - MELAYU YANG MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU (UMNO). MELAYU JENIS INI HENDAKLAH DIELAKKAN

MELAYU ISLAM : TAKRIF - MELAYU YANG HENDAK MENEGAKKAN ISLAM DAN MENYOKONG SEGALA USAHA KEBAIKAN BERDASARKAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH. PERPADUAN MESTILAH BERASASKAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT KEPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR) MELAKSANAKAN PROGRAM TANDA SUDAH MENGUNDI DENGAN CELUP JARI DALAM DAKWAT KEKAL. JANGAN BERDOLAK DALIK LAGI. KAMI SUDAH BOSAN DENGAN ALASAN. MALULAH DENGAN INDONESIA, MEREKA SUDAH MELAKSANAKANNYA.
DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan. Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar. Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini." AMIN


oleh: Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Dewan Ulama Kawasan Tambun

Umno buat fatwa haram masuk surau!

Kejahilan Umno-Apco dalam isu agama ni semakin menjadi2 skang ni. Sedih bila hero melayu ni nak tunjuk belang kononnye utk menjadi hero islam,pahlawan terbilang islam kononnye. Kejahilan agama dari la sekecil2 penyokong sampaila ke pimpinan tertinggi. Sehinggakan ulama umno pun terpaksa berdiam diri bila ada pimpinan umno yg buat kenyataan bercanggah dgn hukum dan fatwa dlm islam. ulama umno 2x5 cam pimpinannye, masing2 jage poket..ulama dunia semata2.

Isu doa dipolitikkan. Terbaru isu YB Serdang, Teo Nie Ching masuk surau dipoltikkan. Rancak menjadi hero agama, terus wat statement haram org bukan islam msk masjid.jahil dan dangkal pemikiran umno ni.datang surau blaja ilmu agama tak mau, buat kenyataan hukum agama mengalahkan Syeikh Yusof Qardawi. Terukke islam ni smpai org bukan islam tak boleh masuk rumah Allah?Umno yg menjadi punca org bukan islam takut dengan islam. Lihat contoh PAS, semakin ramai org bukan islam semakin dekat dgn islam..siap ada Kelab Penyokong. Bukan islam sokong islam, tapi umno yg kononnye ngaku islam??

Mane fatwa dan dalilnya org bukan islam haram masuk masjid dan surau. Timbul je isu ni,terus gune ayat quran..sebijik cam ulama lah!Diorang suh rujuk surah AtTaubah ayat 28:

“Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28).


Tapi disebabkan kejahilan yg melampau,umno apco ni tak sedar sebenarnya ayat ni dah dibahaskan oleh pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram sahaja. Bukan Mufti Harussani ok yg bg pendapat ni..Imam Syafie!


Rujuk: Laman Web Rasmi JAKIM




Wahai umno yg mengaku beragama islam, jaga setiap tindak tanduk.Jgn disebabkan tindakan tu menjadikan fitnah kpd islam. Cukuplah kehancuran dan fitnah yg kamu semua dh buat selama 53 tahun ni.

Malaysia Raja Arak

1. Saya rakamkan gambar - gambar ini beberapa minggu lalu sejurus memasuki pintu masuk KLIA . Telah lama saya menyedari perkara ini tetapi sering terlepas peluang untuk merakam gambar tersebut sehinggalah baru - baru dalam saya berkesempatan untuk merakam gambar ini dalam perjalanan pulang saya dari kota Kaherah Mesir.

2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata - rata pemimpin mereka adalah melayu muslim . Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.
3. Kerajaan UMNO dan BN selaku pemerintahan negara ini telah menghina dan mencabar kewibawaan ummat Islam selaku penduduk majoriti negara ini apabila mereka menjadikan arak sebagai material untuk menyambut tetamu yang memasuki negara ini .Malangnya fenomena ini tidak mendapat perhatian JAIS dan MAIS begitu juga JAKIM .

4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu .
5. Sebelum ini Datuk Seri Najib sering menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan demikian jugalah kenyataan Yb Khairy Jamaludin . Persoalannya , negara Islam jenis apakah menjadikan arak sebagai minuman menyambut tetamu. Kalau pun ia untuk pelancung non muslim , saya tidak fikir mereka datang ke negara kita mencari dan meminum arak kerana di negara mereka , arak disalur melalui paip ke rumah mereka dan mereka bebas meminum arak beberapa tong sehari . Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk mencari arak .
6. Apakah arak yang disusun atur sedemikian rupa untuk mempromosikan negara kepada tetamu tidak menimbulkan sedikitpun rasa jengkel di hati Ibrahim Ali , Khary Jamaludin dan Datuk Seri Jamil Khir . Sehingga mereka mampu diam dan tenang berbanding sikap mereka terhadap kes doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu MP Serdang memasuki surau .

7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka .

8. Jika mereka benar - benar serius dan yakin terhadap masa depan agama dan ummatnya di negara ini , mereka sewajarnya bertindak segera untuk tidak lagi menjadikan minuman keras itu sebagai "juadah" menyambut tetamu . Malangnya mereka hanya mempamerkan kejahilan melampau [yang menimpa mereka] apabila mereka mahu bertindak tegas ke atas khatib yang mendoakan hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [ jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam ] agar tidak lagi menjadikanibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negarayang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu .

10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah .

Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi