Ceramah Badar Al Kubra

Pada malam semalam, berkesempatan hadir ke Ceramah Badar AlKubra di Parit. Amtara penceramahnya Ust Abu Bakar (PJ PAS Perak), Dato' Nizar (AJK PAS Pusat) dan Tuan Guru Hadi (Presiden PAS).

Taujihat dari Tuan Guru Hadi benar2 terkesan bagi sape2 yg mendengar semalam.Kalau org umno tak terkesan gak,alamat keras sungguh la hati diorang tu.

Tuan Guru menceritakan kisah Peperangan Badar yg berlaku didlm sirah. Pertembungan dua kumpulan arab, satu yg mahu menegakkan islam dan satu lagi mahu mempertahankan 'poket'. Walaupun keduanya bangsa arab, tapi disebabkan dasar perjuangan yg berbeza, keadilan tidak dapat ditegakkan. Walaupun ditawarkan oleh kafir Quraish utk bersatu dan ditawarkan pelbagai jawatan kpd Nabi Muhammad, tapi nabi menolak dlm isu perpaduan ini sekiranya kafir Quraish tidak mahu meninggalkan amalan2 jahiliyyah mereka.

Sebelum peperangan, Abu Jahal berdoa supaya kumpulan islam Nabi Muhammad dikalahkan krn kononnya kumpulan yg memecahkan bangsa arab dan menolak perpaduan. Nabi Muhammad juga berdoa utk kelangsungan dakwah dan islam. Dan akhirnya kumpulan islam dimenangkan oleh Allah walaupun tentera islam hanya 313 orang jika dibandingkan dengan tentera kafir yang dlm 1000ribu org dan penuh dengan kelengkapan.

Setiap perjalanan kehidupan ini perlu melihat kembali sejarah dan sirah. Barulah ia dijadikan iktibar dan rujukan. Peperangan Badar kini kembali dalam konteks Malaysia. Pertembungan 2 kumpulan bangsa Melayu. Satu yg perjuangkan kebangsaan dan yg perjuangkan agama.

Sejarah akan berulang!
Bukalah mata wahai UMNO yg mendaulatkan bangsa semata2!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi