Rakyat Kurus, Rosmah Gendut



Rakyat Diminta Bersama Kerajaan Mengurangkan Subsidi





BACHOK: Rakyat haruslah bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah subsidi yang semakin meningkat dari RM10.3 bilion tahun lepas kepada RM20.58 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.


Katanya kerajaan akan mengkaji secara terperinci agar sebarang keputusan bagi mengurangkan subsidi tidak membebankan rakyat golongan miskin.


"Kajian itu akan dibuat secara menyeluruh yang membabitkan bahan bakar, tepung, gula dan bahan makanan asas," katanya kepada pemberita selepasmengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Telong di sini, Jumaat.


Beliau mengulas kebimbangan rakyat terutama di luar bandar terhadap kemungkinan kenaikan harga barangan berikutan langkah mengkaji semula pemberian subsidi termasuk bagi petroleum RON95.




Isnin lepas kerajaan menjangkakan jumlah subsidi tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah itu kira-kira RM18 bilion adalah untuk sektor berkaitan petroleum berbanding tahun lalu hanya sekitar RM8 bilion.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kenaikan itu terlalu besar dan tiada kerajaan lain di dunia yang sanggup menanggung beban peningkatan yang mendadak itu.Katanya hasil kajian dan langkah mengatasinya akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan menerima maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan terbabit yang diarah membuat kajian mengenainya.

- BERNAMA

------------------------------------------

Panas mata, telinga, punggung.semua panasla bila baca keratan akhbar yg paling sengal di abad ni.


Kerajaan suruh bersama dalam kurangkan subsidi, rakyat dah cukup terseksa dgn kenaikan harge brg, subsidi pulak kena tarik. kalau sebelum ni ada rakyat yg kais pg mkn pg, lepas ni kais pg ptg siang mlm baru dpt mkn pg gamaknye.


Undilah BN nescaya hidup anda terseksa!


macam2 subsidi ditrik kononnye nak selamatkan negara dari muflis, harga gobal pun turut meningkat..dey porah!


Rasuah berleluasa guna duit rakyat, projek mega berbillion yg untungkan kroni je, berbillion duit rakyat bagi kpd Rosmah.


Duit rakyat semakin licin disapu,baru la kerajaan nak suruh bersama rakyat kurangkan subsidi. Kerajaan dah kenyang, rakyt yg terseksa.


-->RM 19billion subsidi diberi kpd penjana bebas milik kroni setiap tahun
-->RM 28billion kerugian yg ditnggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan dan rasuah.




rakyatke patut tanggung semua ni??

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi