Campus Live anjuran Nisa Tambun

Peserta campus live

LDK bersama FC


Peserta tanfiz pun join campus live

Cenderahati kepada KP Parit sbg penceramah jemputan

Ubah angin jap..cerita pasal Nisa lak.
Ahad lepas, Nisa Tambun telah menganjurkan Campus Live di UTP
Tronohdgn kerjasama Helwi UTP. Pendedahan hidup di universiti
telah dikupas dlmprogram ini. Penceramah jemputan KP Parit / CEO Suria Horizon
Ustaz Hakim Nor telah dijemput sbg penceramah motivasi.
Beberapa orang peserta tanfiz juga telah mengikuti program ini.

Demo Boikot Utusan

Demo dimulakan dgn laungan takbir..Allahuakbar!


Ustaz Taliban membacakan doa

Gimik bako Utusan..kite bako!


Antara yg hadir dlm himpunan

Jumaat lepas satu demo bagi membantah kebiadapan Utusan
menghina Islam telah diadakan di Masjid Negeri Ipoh.
Setelah seminggu PAS memberikan tempoh utk Utusan menarik
balik penghinaan itu, Utusan tetap membutakan mata,
mempekakkan telinga dgn desakan pembela Islam.
Maka jumaat lepas PAS telah membuat demonstrasi di masjid2
seluruh negara utk membantah dan memboikot Utusan.

Beli Utusan= Membenarkan Utusan Hina Islam= Menyokong Islam Dihina

Penting buat demonstran BERSIH 2.0!

Sekadar peringatan bersama..











Facebook harga 1.8 juta

fd7fe8be707b5a1ed5e3f0d047bd5d5c Facebook Page Visit Malaysia Nilai RM 1.8 Juta Untuk Diselenggara?

Pembaziran macan dah tak boleh dipisahkan antara UmnoBN.
Mane je ada membazir, disitu la UmnoBN.
Mane je ada UmnoBN,disitu la ada pembaziran.
Macam irama dan lagu la.
Kali ni Kementerian Pelancongan tanpa perasaan bersalah
dah membazirkan wang rakyat sebanyak RM 1.8 juta.
Bukan RM 1.80 sen ye..RM 1.8 juta!

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit
berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada
syarikat, Impact Creations Sdn Bhd,
untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013
untuk menyelenggara laman Facebook visit Malaysia.

Bukanke ini pembaziran yang amat nyata.
Sah ini adalah syarikat kroni.
Facebook yang percuma kini dijadikan UmnoBN tempat
pembaziran wang rakyat.
Tiada apa yang menarik dalam facebok berkenaan.
Yang menjadi friend dan like pun boleh dikira.
Tak percaya cuba click kalau nak tengok
'kecerdikan' UmnoBN ni..

Tips untuk berdemonstrasi

Bagi aktivitis masyarakat dan pendokong perjuangan, 9/7/2011 ni bakal menyaksikan himpunan terbesar kedua yang dianjurkan BERSIH. Untuk sekadar perkongsian, teman nak kongsikan beberapa tips semasa turun berdemonstrasi dari pengalaman teman dlm siri2 demonstarsi sebelum ni.
Perlu diingat, kita turun berdemonstrasi bukan untuk mencetuskan huru hara,
tapi untuk menuntut hak rakyat yg telah lama dinafikan.
Tapi jika ada situasi yg tak diingini, contohnya siri demonstrasi diganggu oleh pihak polis dan FRU ataupun kumpulan2 yg tak diundang, maka beberapa persediaan perlu diambil.

Sebelum

  • Pastikan apply annual leave sebulan/ lebih dari tarikh demo
  • Jaga kesihatan sendiri, amik supplement vitamin klu perlu (utk elakkan sakit semasa demo, klu demam kan jenuh nak turun)

Semasa

  • Pakai pakaian yg longgar utk mudahkan pergerakan
  • Pakai topi/losyen utk elakkan sunburn
  • Pakai mask utk elakkan terhidu gas pemedih mata FRU/ elakkan penyakit berjangkit (org ramai sangat, takut ada yg TB)
  • Pakai kasut yg sesuai/snickers utk mudahkan pergerakan
  • Bawak beg kecil utk simpan baju BERSIH/barang2 keperluan (jgn pakai baju BERSIH sebelum berada ditempat lokasi, ada kemungkinan akan ditahan polis sebelum berkumpul)
  • Bawak garam halus utk dimakan (utk kurangkan side effect gas pemedih mata FRU jika FRU bertindak ganas)
  • Simpan gula2 atau makanan ringan dlm beg/poket (utk elakkan hypoglycemic/pengsan sebab tenaga tak ada)
  • Elakkan bersendirian semasa demonstrasi/ sentiasa bersama sahabat @ rakan demonstran yg lain (polis selalu akan gunakan kekerasan utk menarik peserta yg bersendirian utk ditahan di lokap)
  • Elakkan membawa peralatan yg boleh timbulkan fitnah (pisau/batu/ pistol/besi etc)


Semoga BERSIH 2.0 dapat membuka mata kerajaan utk kembalikan hak rakyat dan berlaku adil dalam PRU akan datang. Segala amal untuk kepentingan ummah akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah..insyaAllah;)

Utusan Malaysia hina Islam


Baru2 ni Utusan Malaysia sekali lg mempamerkan kejahilan agama dan
ketidakprofessionalan mereka. Dua situasi yg ditunjukkan di atas
seolah-olah menunjukkan islam menindas golongan wanita yg dianiaya.
Persatuan Ulama telah mengecam karikatur ini krn jelas menghina islam.
Kita sbg umat islam wajar mengecam dan memboikot akhbar
yg memburuk2 kan agama suci islam.
Dppk Tambun menyeru umat islam supaya memboikot Utusan
Malaysia sbg tanda benci kpd karikatur yg menghina islam ini.

Marhalah Tanfiz ke Muktamar




Pada 13/6/11 yg lepas, 13 peserta marhalah tanfiz bersama pimpinan
pemuda kawasan tambun telah pergi berkonvoi ke Muktamar PAS Pusat.
Bakal pejuang2 agama ini telah berpeluang bertemu Pimpinan PAS Pusat
dan pimpinan gerakan islam dari negara jemputan.
Semoga pendedahan yg diberikan kpd pelapis2 pejuang agama ini
dpt memberikan smgt juang dan iltizam dalam perjuangan islam.

Ketua Cawangan Meru 2B dimasukkan ke hospital

Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Cawangan posing


Dimaklumkan bahawa Ketua Cawangan Meru 2B, Hj Tarmizi dimasukkan ke Ipoh Specialist bilik 226 semalam sbb saluran jantung tersumbat. Dlm bahasa saintikfiknye dipanggil atheroscelerosis dimana plug formation (pemendapan lemak) berlaku dekat saluran jantung. Bila berlaku pemendapan ni, saluran darah ni jadi sempit dan berlaku gangguan aliran darah ke jantung.

pemendapan lemak di saluran jantung

Semalam Hj Tarmizi dah lakukan prosedur CT Angio (utk kesan tempat pemendapan), hasil prosedur tu lebih dari satu saluran dah tersumbat.

Kalau nak ikutkan dalam bidang medikal, ada dua opsyen yg diberikan; masukkan stent dalam saluran jantung ataupun buat bypass (pintasan jantung). Ape pun, keputusan akan diputuskan esok lepas doktor review lg skali.

Semoga Allah permudahkan urusan beliau.
Sumbangan boleh dihulurkan bagi meringankan bebanan beliau dan mohon ziarah..

AKP menang kali ke-3

ISTANBUL, 14 Jun: PAS mengucapkan tahniah kepada AK Parti berikutan kejayaannya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.

Ucapan tahniah itu disampaikan oleh delegasi PAS yang menjadi pemerhati dalam pilihan raya ini dengan menghantar jambangan bunga kepada pejabat Parti AK di Istanbul.

Ia diterima oleh Dr Omar Faruk Kalayci, naib pengerusi AKP Istanbul (gambar atas paling kiri)yang menjaga hal elwal luar AKP.

Bunga dan kad ucapan tahniah itu disampaikan oleh lima delegasi PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Turut serta ke pejabat AKP Istanbul hari ini adalah Onn Jaafar (Johor), Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Ustaz Baihaki Atiqullah (Kelantan). Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong, turut serta dalam rombongan ini.

Kelima-lima mereka tiba di Turki 9 Jun lalu bersama lima lagi anggota rombongan pemerhati dari Malaysia untuk menyaksikan perjalanan pilihan raya Turki yang berlangsung 12 Jun.

Lima lagi delegasi adalah Dr Mariah Mahmud (anggota Parlimen Kota Raja yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS) dan Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan, Kedah) dari PAS.

Turut serta tiga pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar (naib presiden PKR), Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT PKR).

Kelima-lima mereka berlepas pulang ke Malaysia hari ini. 10 delegasi ini dilayan sebagai tetamu AKP sepanjang berada di negara ini.

Sembilan anggota mengikuti perjalanan pilihan raya di Istanbul manakala Nurul Izzah ke Batman, untuk melihat perjalanan pilihan raya di sana.

Perjalanan pilihan raya di Istanbul lebih aman dan tiada kejadian ganas berlaku namun lain pula di Batman, dimana menteri Turki yang mengiringi Nurul Izzah terpaksa menaiki kereta berperisai untuk melihat kawasan pilihan raya.

Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP menang untuk tiga kali berturut-turut dan memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.
(Gambar: Para penyokong AKP bergembira menyambut kemenangan ketiga parti itu Ahad lepas)

AKP, pecahan dari Parti Refah, dibentuk pada tahun 2001 dan mulai menyertai pilihan raya 16 bulan kemudiannya iaitu pada tahun 2002.

Presiden AKP Rejjab Toyyib Erdogan menjadi Perdana Menteri manakala seorang lagi pemimpin AKP, Abdullah Gul menjadi Presiden Turki.

Dalam pilihan raya pertamanya iaitu pada tahun 2002, AKP hanya menang 34 peratus undi popular dan terpaksa bekerjasama dengan parti lain membentuk kerajaan Turki.

Dalam pilihan raya 2007, AKP menang dengan 47 peratus undi dan berjaya membentuk kerajaan sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Kali ini, AKP menang dengan lebih cemerlang apabila mendapat 49.9 peratus undi dan mendapat 326 kerusi dalam parlimen Turki.

Namun begitu, hasrat AKP untuk menang dua pertiga tidak tercapai lagi dalam pilihan raya ini.

Dalam kempennya, AKP mensasarkan dua pertiga untuk membolehkan mereka membentuk perlembagaan baru dari orang awam untuk Turki. Ini kerana, perlembagaan yang ada adalah dibentuk oleh tentera.

Ekoran itu, walaupun memerintah lebih 10 tahun, kerajaan Turki pimpinan AKP tidak bebas kerana sentiasa sahaja dikongkong oleh tentera.

Menurut sistem pilihan raya di Turki, AKP perlu menang sekurang-kurangnya 330 kerusi parlimen untuk membina perlembagaan baru tetapi satu referandum diperlukan untuk mengesahkannya.

Jika AKP berjaya mendapat lebih dari 367 kerusi, perlembagaan baru boleh dibentuk tanpa perlukan referandum lagi kerana sokongan ahli Parlimen sudah memadai.

"Jalan keluar yang ada sekarang adalah dengan berbincang dengan parti-parti lain dalam Parlimen kalau-kalau mereka boleh menyokong pembentukan perlembagaan baru ini.

"Semasa kempen, CHP juga berkata mahu membentuk perlembagaan baru untuk Turki, jadi kita boleh bincang dengan mereka," kata Omer Faruk yang mendapat PhD tentang Perlembagaan Kesatuan Eropah (EU), kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya ini, CHP mendapat 25.9 peratus undi popular dan 135 kerusi, MHP mendapat 13 peratus undi dengan 54 kerusi manakala calon-calon bebas mendapat 6.6 peratus dengan 36 kerusi.

Sejak menang pilihan raya 2002 lagi, Turki berusaha untuk memasuki EU dengan harapan Turki akan ditekan supaya amalan demokrasi di Turki lebih terbuka.

Ini kerana, EU mengenakan syarat yang ketat untuk membolehkan sesebuah negara menyertainya. Antara syarat utamanya adalah amalan demokrasi.

Namun begitu sehingga kini hanya rundingan demi rundingan sahaja dibuat dan masih belum mendapat penerimaan penuh dari EU. Antara halangan utamanya adalah agama Islam yang menjadi anutan rakyat Turki disamping AKP yang dikatakan berbau Islam.

Sebahagian dari Turki termasuk dalam benua Eropah iaitu di Istanbul namun sebahagian besar negaranya termasuk dalam benua Asia.

Bagi AKP, dengan cara kempen untuk memasuki EU, pihaknya boleh menekan tentera khasnya, agar membebaskan rakyat Turki dari pelbagai kongkongan.
(Gambar: Erdogan dan isterinya ketika diumumkan menang untuk tiga kali berturut-turut)
Antaranya, sebelum ini wanita Turki tidak boleh memakai tudung kepala semasa di universiti bahkan juga dalam majlis-majlis rasmi padahal hak berpakaian adalah hak individu dalam sistem demokrasi.

Pada permulaan Erdogan menjadi perdana menteri, beliau tidak boleh membawa isterinya, Emin, untuk menyertai majlis-majlis rasmi kerana Emin tidak mahu membuang tudung kepalanya.

Namun, selepas pilihan raya 2007, pindaan perlembagaan berjaya dibuat dan sekatan berpakaian sebegitu tidak lagi membelenggu rakyat Turki.

Di bandaraya Istanbul, ramai wanita-wanitanya memakai tudung kepala bahkan tudung atau skaf Turki adalah antara cenderamata popular yang dibeli bagi mereka yang berkunjung ke negara itu.

Isteri Erdogan juga turut serta meraikan kejayaan AKP ketika keputusan pilihan raya diumumkan semalam dengan keluar bersama suaminya dalam keadaan memakai tudung lengkap sebagai seorang wanita Islam.

Selamat Hari Bapa



Dppk Tambun mengucapkan selamat Hari Bapa
kpd semua bapa dan bakal2 bapa.
Semoga Hari Bapa dapat membuatkankan kita
mengenang kembali pengorbanan
seorang bapa membesarkan kita sbg dai'e
dan muslim yg taat pd agama.

Sekalian bapa..jadikanlah Nabi Muhammad
sbg idol dan contoh terbaik seorang bapa.
Walaupun bergelar Nabi, pemimpin negara,
dai'e, suami, baginda juga merupakan seorang
bapa yg terbaik..
Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi