Tips untuk berdemonstrasi

Bagi aktivitis masyarakat dan pendokong perjuangan, 9/7/2011 ni bakal menyaksikan himpunan terbesar kedua yang dianjurkan BERSIH. Untuk sekadar perkongsian, teman nak kongsikan beberapa tips semasa turun berdemonstrasi dari pengalaman teman dlm siri2 demonstarsi sebelum ni.
Perlu diingat, kita turun berdemonstrasi bukan untuk mencetuskan huru hara,
tapi untuk menuntut hak rakyat yg telah lama dinafikan.
Tapi jika ada situasi yg tak diingini, contohnya siri demonstrasi diganggu oleh pihak polis dan FRU ataupun kumpulan2 yg tak diundang, maka beberapa persediaan perlu diambil.

Sebelum

  • Pastikan apply annual leave sebulan/ lebih dari tarikh demo
  • Jaga kesihatan sendiri, amik supplement vitamin klu perlu (utk elakkan sakit semasa demo, klu demam kan jenuh nak turun)

Semasa

  • Pakai pakaian yg longgar utk mudahkan pergerakan
  • Pakai topi/losyen utk elakkan sunburn
  • Pakai mask utk elakkan terhidu gas pemedih mata FRU/ elakkan penyakit berjangkit (org ramai sangat, takut ada yg TB)
  • Pakai kasut yg sesuai/snickers utk mudahkan pergerakan
  • Bawak beg kecil utk simpan baju BERSIH/barang2 keperluan (jgn pakai baju BERSIH sebelum berada ditempat lokasi, ada kemungkinan akan ditahan polis sebelum berkumpul)
  • Bawak garam halus utk dimakan (utk kurangkan side effect gas pemedih mata FRU jika FRU bertindak ganas)
  • Simpan gula2 atau makanan ringan dlm beg/poket (utk elakkan hypoglycemic/pengsan sebab tenaga tak ada)
  • Elakkan bersendirian semasa demonstrasi/ sentiasa bersama sahabat @ rakan demonstran yg lain (polis selalu akan gunakan kekerasan utk menarik peserta yg bersendirian utk ditahan di lokap)
  • Elakkan membawa peralatan yg boleh timbulkan fitnah (pisau/batu/ pistol/besi etc)


Semoga BERSIH 2.0 dapat membuka mata kerajaan utk kembalikan hak rakyat dan berlaku adil dalam PRU akan datang. Segala amal untuk kepentingan ummah akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah..insyaAllah;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Copyright © nilamsufi